+ h e a r m e +

Monday, September 28, 2009

+ ketahuilah wahai perempuan +



Assalamualaikum semua,

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu ditanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepert gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

marilah sama2 berfikir wahai perempuan.

Friday, September 18, 2009

+ selamat hari raya +


Kepulangan Yang Dinanti

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali


Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali


Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda

Tuesday, September 15, 2009

+ realiti pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia +




Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan. Inilah berita yang penulis baca sebentar tadi. Ianya amat mengejutkan dan jelas bahawa sistem kehakiman syariah di negera ini sudah diresapi dengan fahaman sekularisme dan berkiblatkan fahaman sister in islam.

Sebelum ini, dilaporkan pada pagi semalam bahawa tiga pegawai penguatkuasa JAIP dipercayai telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak, untuk membawanya ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat itu. Namun pada petangnya, menerusi kenyataan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus yang meminta penangguhan hukuman itu dilakukan selepas Ramadhan.

Kesalahan wanita kontroversi ini bermula pada 20 Ogos lalu, Kartika yang berusia 32, telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak enama Tiger Beer di sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Dari sudut sejarahnya, Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini. Diulangi, di negara ini iaitu Malaysia. Tetapi di Iran, Pakistan, Arab Saudi, Sudan dan negara-negara yang mengamalkan hukum islam, ia merupakan fenomena biasa. Hatta di Negara Acheh pun, pelaksanaan hukuman sebatan terhadap wanita islam telah lama dijalankan.

Tetapi penulis hairan dengan tindakan mahkamah Syariah ini. Apa masalahnya dilakukan hukuman sebat di bulan ramadhan. Adakah kerana hukuman itu tidak syarie, menyebabkan hakim sewenang-wenangnya menyatakan bahawa hukum itu dijalankan selepas Ramadhan, kononnya bagi menghormati bulan mulia ini. Aduh..bolehke macam tu. Islam tidak dihormati, tetapi persekitaran masyarakat ditakuti. Ingatlah hadis Nabi bahawa daripada tiga orang hakim, dua akan masuk neraka dan satu akan masuk syurga. Hakim yang masuk neraka kerana tidak berhukumkan islam kerana tidak tahu atau tahu tetapi memilih perlaksanaan hukum lain. Dalam hadis ini tidak sebut hakim mahkamah Sivil atau hakim Mahkamah Syariah. Dua-dua kena. Jangan ingat title syarie atau kita bersongkok, menyebabkan kita terlepas daripada hukuman Allah kelak.

Berbalik isu Kartika tadi, penulis menyanjung tinggi kemahuan wanita itu yang mahukan beliau disebat di khalayak ramai. Bahkan jika tidak disebat di khalayak ramai pun, beliau mahukan dirinya disebat di hadapan waris, kaum kerabat sebagai pengajaran kepada mereka. Inilah berita yang terpampang dalam laporan Utusan dan juga Sinar Harian. Syabas penulis ucapan kepada beliau. Hanya keikhlasan yang tinggi dan akidah yang mantap sahaja, menyebabkan beliau meminta untuk berbuat demikian.

Dan penulis tidak puas hati dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia hari ini, yang meminta agar Kartika merayu hukuman ini. Peringatan buat Perdana Menteri, hukum islam tidak sama dengan hokum sivil. Tidak boleh merayu sekiranya ia melibatkan hukuman had hudud. Lainlah jika hukuman sivil yang syirik itu, proses rayuannya berterusan dari mahkamah paling bawah hingga ke Lembaga Pengampunan oleh Raja-Raja. Nasihat kepada Perdana Menteri, berilah nasihat yang islamik, bukannya nasihat ke lembah kehancuran. Janganlah kita menjaga kepentingan masyarakat (public interest) yang sekular di dunia ini, kita lupakan kepentingan illahi di dunia ciptaanNya ini. Tidak cukupkah bala yang Allah timpakan dengan wabak H1N1 dan kemelesetan ekonomi. Penulis kadang-kadang pening dengan pemimpin kita melayu islam ini yang bercakap tanpa berlandaskan syara’.

Dan seperti biasa golongan Sister In Islam, mereka akan merespon isu-isu begini walaupun tidak dijemput. Kenyataan celupar Norhayati Kaprawi,yang merupakan bekas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun yang tulisannya dimuatkan dalam Malaysiakini telah menyatakan bahawa Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati. Beliau turut persoalkan kenapa wanita itu dikenakan hukuman maksimum sedangkan ini adalah kesalahan pertama wanita itu dan telah pun mengaku bersalah. Beliau yang juga aktif dalam Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI), badan NGO liberal ini turut dengan nada sinis menyatakan bahawa jika lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah seseorang itu.

Wah, amat hina sekali kepada islam. Adakah islam itu ganas dan kejam hingga hukum illahi diperlekehkan sedimikian. Mengapa kamu tafsirkan konsep keadilan dengan begitu sempit. Bagi umat islam, keadilan adalah untuk di dunia dan di akhirat. Hukuman di dunia ini adalah sebagai berlepas diri daripada hukuman di akhirat. Inilah bahayanya apabila puak feminism ataupun liberal bersuara dalam konteks pemikiran 1 Malaysia mereka. Mana perginya ulama-ulama PAS dan juga pemuda-pemuda islam andainya mereka mengaku berjihad kerana Allah. Bukankah perlembagaan PAS meletakkan bahawa Al-Quran dan Ar Rasul sebagai dustur (Perlembagaan) mereka. Saya cabar pemimpin PAS untuk mengheret wanita SIS ini ke muka pengadilan atas dasar menghasut dan menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Bagi hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan iaitu 7 hari penjara, 5,000 denda dan 5 kali sebatan. Ia adalah hukuman yang bercanggah dengan Al-Quran itu sendiri. Sepertimana yang kita ketahui, dalam undang-undang islam mengikut pendapat Imam Shafei bagi hukuman peminum arak tidak kira lelaki dan wanita ialah sebanyak 40 kali sebatan. Walaupun ada pendapat daripada Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad yang menyatakan sebatan sebanyak 80 kali sebatan, tetapi ini hanyalah perselisihan pendapat. Punca perselisihan pendapat ini kerana sungguhpun dalam al-Quran jelas mengenai pengharaman arak tetapi tidak ada ketetapan kadar atau had hukuman yang boleh dikenakan kepada peminum arak.

Pokok pangkalnya hukumannya adalah 80 kali atau 40 kali sebatan, bukannya 5 kali sebatan atau denda atau penjara. Riwayat daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad menghukum orang yang minum arak sebanyak 40 sebatan. Ketika zaman Saidina Abu Bakar pula, peminum arak disebat 40 sebatan.

Juga pada zaman Saidina Umar, beliau meminta nasihat daripada sahabat, lalu Abdul Rahman bin Auf berkata: “Seringan-ringan hudud ialah 80 kali sebat.” Kemudian Umar menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan dan sahabat setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.

Dalam satu hadis lain diriwayatkan daripada Husain bin al-Munzir, bahawa ketika Saidina Ali ditugaskan oleh Saidina Uthman untuk menghukum sebat ke atas al-Walid bin Uqbah, beliau berkata: “Rasulullah SAW menghukum sebanyak 40 sebatan begitu juga Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar menghukum sebanyak 80 sebatan, semuanya adalah sunnah yang ini aku lebih sukai.”

Bukannya denda 5 ribu mahupun penjara 7 hari. Hukuman ini satu kezaliman kepada Kartika. Memang dia mempunyai niat suci untuk bertaubat melalui hukuman sebat di khalayak ramai. Bahkan sanggup membuat laporan polis sejurus dihantar pulang oleh tiga pegawai JAIP setengah jam selepas mengambilnya dengan alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan pada masa itu. Beliau buat laporan polis kerana bimbang kemungkinan polis akan menuduhnya melarikan diri daripada hukuman. Ini jelas menunjukkan beliau sanggup menerima hukuman sebat tersebut. Tetapi adakah ia berbaloi dan diredhai Allah. Penulis mencadangkan jika beliau sanggup untuk disebat sebanyak 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai, hakim mahkamah Syarie perlu laksanakannya. Itu hak peribadi mereka yang beragama islam. Tetapi penulis yakin akan muncul golongan yang menentang islam dengan menyatakan hukum itu zalim, tidak sesuai digunakan dalam konteks 1 Malaysia, salahi dari sudut perundangan kerana salahi bidangkuasa Mahkamah Syariah. Nah..kita akan lihatlah wajah sebenar munculnya ‘Abu Jahal’ atau ‘Abu Lahab’ melayu islam ataupun bukan melayu yang menentang pelaksanaan hukum sebat 40 kali atau 80 kali ini di khalayak ramai. Tidak kira ia di bulan Ramadhan mahupun bulan tidak Ramadhan. Kerana doktrin liberalisasi sudah tersemat rapi dalam hati sanubari mereka.

Penulis melihat hikmah di sebalik kontroversi ini ialah ia akan membuka pekung di dada mahkamah Syariah selama ini yang hanya mempunyai kuasa hukuman 356. Iaitu bidangkuasa untuk menghukum tidak lebih daripada 3 tahun penjara, denda 5 ribu ringgit dan 6 kali sebatan. Inilah hukuman sebenar di Mahkamah Syariah. Diulangi pengumuman, inilah nilai hukuman bagi kesalahan hudud di Mahkamah yang dikatakan ‘islam’ itu. Mungkin inilah petunjuk daripada illahi untuk menyedarkan umat islam di Malaysia bahawa selama ini mereka berkiblatkan Akta yang digubal oleh manusia pada tahun 1984 melalui Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984) , dan bukannya oleh Al-Quran dan As Sunnah. (Tentu masing-masing boleh berfikir siapakah agaknya ahli parlimen Parti mana yang paling ramai ketika itu).

Penulis ingin mencadangkan kepada Kartika agar meminta hukumannya ditambah kepada 40 kali atau 80 kali sebatan dan disebat di khalayak ramai. Ini bukan zalim tetapi satu keadilan untuk beliau dan para hakim yang jatuhkan hukuman itu. Tak ke zalim kalau kita berhukumkan dengan hukuman manusia, sudahlah mengalami kesakitan tetapi dosa tidak diampunkan oleh Allah. Di Padang Mashyar kelak akan tetap dihukum dan kita tiada lagi proses rayuan ketika ini.

Jika ada pihak-pihak tertentu menghalang permintaan untuk disebat 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai, buatlah satu semakan kehakiman (judicial review) di mahkamah perlembagaan berkaitan soal percanggahan undang-undang. Rujuk kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang menggariskan kebebasan untuk mengamalkan agama. Kebebasan di sini termasuklah bebas untuk berhukumkan dengan hukum agama. Cabar Perlembagaan Negara yang menyatakan bahawa Agama islam sebagai agama rasmi (Perkara3 Perlembagaan kita).

Penulis pernah berdebat dengan seorang pensyarah tentang satu kes yang seakan-akan serupa dengan kes Kartika ini. Dalam kes Che Omar Che Soh v PP dalam tahun 1988, tertuduh pernah meminta agar pelaksanaan hokum hudud dijalankan ke atasnya atas dasar beliau beragama islam dan Perlembagaan menyatakan islam sebagai agama rasmi. Tertuduh dalam kes ini adalah disabitkan atas kesalahan memiliki dadah melebihi 10 gram yang membawa hukuman mati mengikut Seksyen 302B Kanun Keseksaan. Tertuduh berhujah bahawa beliau berhak mendapat hokum hudud kerana dadah ini diqiaskan atau dianalogikan dengan arak. Dan hukuman had bagi arak ialah 40 kali atau 80 kali sebatan di tempat terbuka. Malangnya setelah dirayu ke mahkamah paling tinggi iaitu Mahkamah Agung (sekarang dikenali Mahkamah Persekutuan), maka hakim menolak tuntutan tertuduh dan menjatuhkan hukuman mati kepada Che Omar ini. Bahkan paling menghibakan, hakim mahkamah tersebut menyatakan bahawa tafsiran Perkara 3 berkaitan agama rasm I ialah islam yang digunakan dalam soal rasmi atau adat istiadat sahaja. Dalam soal penentuan tarikh ramadhan, soal munakahat, soal muamalat dan lalin-lain lagi yang bukannya melibatkan soal hukuman atau undang-undang. Jelas bahawa islam di Malaysia ini, hanyalah islam plastik sahaja.

Jadi kepada Kartika, mintalah pelaksanaan hukum hudud. Cuba cabar di mahkamah tentang pelaksanaan tidak syarie 5 sebatan keatasnya dan juga hukuman lain seperti denda 5 ribu dan 7 hari penjara. Inilah mahkamah Syariah hari ini, memalukan islam dan menimbulkan fitnah kepada agama suci ini. Kalau susah sangat, pergi minta hukuman di Mahkamah Syariah Terengganu. Sebab kerajaan negeri Terengganu pernah mewartakan enakmen hudud di negeri itu pada tahun 2003 dan ia dipersetujui oleh Sultan. Dalam islam sendiri, soal tempat tidak menjadi masalah untuk menjatuhkan hukuman. Bahkan Enakmen itu masih wujud hingga ke harini ini dan kerajaan baru Terengganu masih tidak memindanya, Cuma tiada penguatkuasaan kerana tiada keberanian yang jelas oleh pemerintah Terengganu yang baru ini.

Penulis berharap kes ini akan diselesaikan mengikut syarak dan kita akan mendengar bahawa Kartika akan dihukum sebatan 40 kali atau 80 kali di khalayak ramai. Bukannya suka mendengar orang disebat, tetapi gembira kerana hukum islam dipraktikan dalam Negara kita cintai ini. Kepada orang bukan islam, janganlah takut kerana anda tidak akan kena sebatan walaupun meminum bertong-tong arak sekalipun . Hukum islam hanyalah untuk orang islam sahaja. Bukannya islam di negeri Arab, tetapi untuk islam di seluruh dunia. Semoga hukum islam terus bertapak kukuh dan kepada Kartika, andalah orangh yang akan memulakan di Negara ini dan pengorbanan anda akan diingati dari generasi ke generasi yang mahukan islam bertapak kukuh dalam masyarakat pada hari ini.

*Penulis ialah Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) merangkap Pengerusi Gabungan UKM (GMUKM). Mahasiswa undang-undang ini ada pelbagai perkongsian di Justice For All.

+_+ selamat hari lahir ke-22 mael +_+


happy birthday to you......
happy birthday to you......
happy birthday to nur ismail misnan.....
happy birthday to you.....................

selamat hari lahir ke-22 wahai insan kerdil...
semoga kedewasaan ini menjadikan kau lebih tabah n kuat serta saling bergantungan dengan sang Pencipta yang Maha Agung dalam menghadapi liku-liku hidup ini....

Ya Allah ya Rasulullah....
ak bermunajat kepadaMu dalam meniti titian waktu ini..
ak bermohon padamu agar Kau sentiasa menaungi ku...
ku sentiasa memohon lindungan di bawah lembayung agama MU....
kuatkanlah semngatku...
tabahkanlah jiwa ku...
begitu juga dengan ibubapa dan ahli keluarga ku...
jgnlah Kau sesatkan kami dalam kejahilan dan kemusnahan aqidah...
jauhkanlah kami dari bisikan dan gangguan syaitan nirrajim
serta hindarkan lah kami dari hasat dengki manusia...

selamat hari lahir nur ismail misnan.........

Monday, September 14, 2009

+_+ hadapi dengan tenang +_+



masalah.......kenapa kau sering menghantui hidupku.....
adakah ini yg dikatakn dugaan n rintangan menjalani kehidupan yg singkat?
kala diri ku mencari sebarang pengertian yang sgt sukar....
ku dihimpit dengan rase tanggungjawab terhadap diri, ibubapa, keluarga, dan impian....
apakah yg perlu ku lakukan....
andai dulu ku mampu tangangi sebarang rintangan namun kini kekuasaan MU
lebih memahami akan segala yg tersirat...
mengapa kini diri ku perlu hadapi keaiban yg dilakukan sendiri oleh org paling dekat dgnku?
adakah kerana kekurangan diriku atau dia sndiri yg tidak dpt menerima kesulitan yg dihadapi bersama selama ini?
ya Allah...andai ini takdir MU ku terima dengan dada yg lapang...
walau sukar tuk lalui namun inilah hakikat yg perlu dihadapi...
tabahkanlah hati ku Ya Allah...
bahawasanya ku yakin bahawa suatu hari nanti sinar MU pasti menerangi duniaku....
hasbunallahi wa ni'mal wakil....

Sunday, September 13, 2009

+ Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan politik negara +

Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan.

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185)

Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan.

[Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.]

Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Qadar, maksudnya:

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?

[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada malam itu, turun malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbitnya fajar!"

Pada ayat pertama, disebutkan dengan jelas bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan sudah tentulah hal ini berlaku dalam bulan Ramadan kerana jumhur ulama menyifatkan demikian.

(Sesetengah sufi besar seperti Ibnu 'Arabi lewat kitab agungnya Futuhat Makkiyyah mendakwa Lailatul Qadar juga pernah turun pada bulan Rabiul Awwal, Rabiul Akhir dan lain-lain bulan di luar Ramadan. Wallahu'alam.)

Ini kerana, ayat pertama di dalam surah al-Qadar ini ada kaitan dan kesinambungannya dengan ayat 185 al-Baqarah yang menyebutkan bahawa al-Quran itu memang diturunkan pada malam bulan Ramadan.

Nabi Musa a.s bermunajat, berpuasa menunggu turunnya Taurat

Seperti yang termaklum, hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Musa a.s itu amat erat. Seperti mana cara al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, maka dengan cara yang sama jugalah kejadian itu berlaku ke atas umat Musa a.s, iaitu Bani Israel.

Suatu zaman yang lalu, Nabi Musa a.s pernah bermunajat selamat 40 hari, 40 malam di atas bukit. Baginda juga berpuasa dalam tempoh turunnya 10 Rukun atau Ten Commandments itu; iaitu peristiwa seperti mana kita berpuasa untuk mengingati peristiwa turunnya al-Quran tersebut.

"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya yang zalim (terhadap diri sendiri). (maksud Al-Baqarah: 51)

Peraturan dan syariat baru (Ten Commandments) itu dirakam dalam bentuk batu bersurat, prasasti untuk Bani Israel dan menurut riwayat, Nabi Musa a.s sendiri telah memecahkan batu bersurat yang terakam di atasnya peraturan baru terhadap umatnya itu. Puncanya, baginda berang ke atas sikap umatnya yang kembali menyembah anak lembu ciptaan Samiri.

Sikap marah Nabi Musa itu turut tercurah ke atas saudaranya Nabi Harun. Allah s.w.t merakamkan kejadian tersebut.

Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (maksud Taha: 94)

Kejadian itu benar-benar mengecewakan Nabi Musa a.s kerana hampir keseluruhan Bani Israel telah kembali menuju jalan kesesatan, melainkan segolongan yang kecil sahaja yang masih setia berkiblatkan kepada ajaran Tauhid yang asal.

Samiri, mungkin seorang pengamal sihir telah mengambil kesan jejak langkah rasul untuk menguatkan lagi kesan sihirnya ke atas Bani Israel. Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Samiri, maka penyihir itu berkata.

"Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (Taha: 96)

Demikianlah halnya dengan nasib umat Islam hari ini. Mereka boleh disesatkan ahli sihir, wanita penyihir yang menjadi isteri pembesar secara halus dan tersirat jika agamawan dan mufti masih setia dan selesa menjaga kedudukannya dengan mengambil sikap membisu (syaitan bisu) dan tidak membuka simpulan tali pada lidahnya dalam usaha menegur amalan sihir isteri pembesar yang boleh menyesatkan aqidah umat ini secara beransur-ansur.

Sikap Muslimin terhadap Lailatul Quran

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita mendapat dua bentuk kemuliaan dari langit. Pertamanya, Al-Quran yang turun dari langit pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. Kedua kita mendapat arahan melakukan solat fardhu ketika Nabi Muhammad s.a.w menerimanya di langit pada malam Isra' Mikraj.

Rasulullah s.a.w pernah disoal tentang amalan apakah yang sebaik-baiknya diamalkan jika mereka bertemu Lailatul Qadar itu. Maka nabi meminta kita membaca doa, "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar..."

Oleh kerana Lailatul Qadar ini terkait dengan sejarah penurunan al-Quran, dan malaikat serta ruh pun turun mengiringi penurunan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah, maka selayaknya kita menghiasi malam Lailatul Qadar dengan doa yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, seperti mohon hendak jadi kaya, mendapat projek, dan lain-lain.

Biarlah kita mohon supaya ada keberkatan (roh) pada harta kekayaan itu, iaitu kita akan pandai menggunakannya ke arah kebaikan, mengeluarkan zakat, membanyakkan sedekah dan lain-lain.

Dan jika kita mendapat projek sekali pun, ia bukanlah didapati melalui rasuah dan tidaklah kita mengalibabakan projek sehingga menyebabkan banyaknya pembinaan rumah yang terbengkalai. Atau jika mendapat projek pembelian kapal selam itu sekali pun, ia bukanlah sampai mengundang tragedi berdarah ke atas wanita Mongolia.

Syahadan, doa yang teragung adalah doa yang telah diajarkan oleh baginda tadi - "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar."

Hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam ada keghairahan mencari tanda-tanda Lailatul Qadar kerana mahukan imbuhan pahala yang banyak kerana malam itu dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Juga, mereka menunggu malam itu kerana pada malam itu akan dimakbulkan segala doa dan hajat.

Malah, dengan sebab tersebarnya mitos berhubung pokok-pokok bersujud pada malam tersebut, maka ada kalangan kita yang sanggup menunggu isyarat itu agar terbentang di depan mata. Adalah terlebih afdal, masa yang digunakan untuk menunggu petanda itu digunakan untuk meneruskan amalan dan berdoa untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Kalau kita mahu berdoa untuk mendapat imbuhan akhirat yang baik, maka hendaklah kita berdoa agar diberi sebuah dunia yang baik di mana khalifahnya adil dalam pemerintahan. Pemimpinnya banyak menyeru ke arah amal soleh dan secara tidak langsung akan menyebabkan bakal lahirnya sebuah dunia yang baik, insya Allah Ta'ala.

+ rintihan hati +

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Ya Allah bawalah ke JalanMU
dan lindungi aku dari bputus asa...
Ya Allah.. ku serah segalanya padaMu
pegangilah Hati ini..

Saturday, September 12, 2009

+ dasar liberal, wajar atau tidak? +

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

+ isu hedonisme +

Soal keruntuhan akhlak golongan remaja dan mahasiswa sudah sekian lama dibincangkan, namun masalahnya tetap tidak selesai.

Perkara ini perlu dipandang serius kerana apabila generasi muda sudah rosak akhlaknya, maka dikhuatiri negara kerugian sumber manusia dan seterusnya mengganggu-gugat kestabilan dalam negara.

Apa yang lebih menyedihkan dan merisaukan ialah promosi budaya Barat yang wujud dalam budaya popular di negara ini - sehingga seolah-olah mempengaruhi generasi muda negara ini untuk melakukan perkara yang sama.

Satu contohnya, kenyataan yang dikeluarkan penyanyi popular Anuar Zain mengenai kesudiannya untuk membenarkan peminat wanitanya "mencium dan memeluknya" ketika di majlis 'A Nite with Anuar Zain'.

Jika sebelum ini perbuatan Faizal Tahir di atas pentas dianggap sebagai tidak sesuai dan dihukum sewajarnya, maka hasrat Anuar Zain untuk melakukan sesuatu yang lebih melampau itu harus diambil tindakan yang sewajarnya.

Tambahan lagi, apabila generasi muda di negara ini sudah cukup banyak dihidangkan dengan rancangan dan aktiviti hiburan, sehingga mengakibatkan mereka hilang idealisme perjuangan dan hilang kepedulian sosialnya.

Tambah membingungkan dan merisaukan adalah kelahiran satu lagi filem yang berpotensi untuk merosakkan pegangan agama generasi muda.

Filem 'Akhirat' yang merupakan satu lagi filem yang menurut jejak filem-filem 'tanpa nilai' yang sebelumnya seperti Sepet, Gubra dan Anak Halal.

Media, penghibur dan pihak berwajib haruslah lebih bertanggungjawab, khususnya dalam mencorak budaya popular dan menghadirkan hiburan kepada masyarakat.

Soal nilai dan akhlak tidaklah boleh dipisahkan daripada kesenian kerana seni sebahagian daripada budaya.

Oleh sebab itu, pemerkasaan budaya perlu diberikan perhatian serius agar kita tidak membawa budaya Barat yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai agama dan bangsa setempat.

Penguatkuasaan yang lebih serius adalah perlu.

Jika pada awal tahun 1990-an artis-artis tidak dibenarkan untuk berambut panjang, maka kini sikap artis dan penghibur yang tidak bermoral juga perlu diberikan perhatian serius.

Friday, September 4, 2009

+ Cinta Songsang +

Teruna: “Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.”
Cewek: “Apakah kau rela kalau aku pergi?”
Teruna: “Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu.”
Dara: “Apakah kau mencintaiku?”
Teruna:: “Tentu! Selamanya akan tetap begitu.”
Dara: “Apakah kau pernah berlaku curang?”
Teruna: “Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu.”
Dara: “Maukah kau menciumku?”
Teruna: “Ya…”
Dara: “Sayangku… Sesudah 5 tahun nikah…”

Sila baca dari bawah ke atas.