+ h e a r m e +

Monday, June 21, 2010

+ Perbahasan Tentang Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) +

Pendahuluan

Bahagian ini akan membincangkan perbahasan yang berkaitan dengan penubuhan Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch), dan saya membahagikan perbahasannya kepada beberapa bab, iaitu :

1. Pengenalan Baby Hatch

2. Hubungkait Dengan Maqasid Syariah

3. Beberapa Percanggahan Dengan Maqasid

4. Fiqh Muwazanat Dalam Perbahasan Ini

5. Kesimpulan


Kelima-lima perkara ini mempunyai hubungkait yang sangat rapat dalam perbahasan tentang Pusat Perlindungan Bayi ini. Perbahasan ini sekadar membincangkan tentang Pusat Perlindungan Bayi secara umum, tanpa mengaitkannya dengan mana-mana pertubuhan.


Pengenalan Baby Hatch

Pusat Perlindungan Bayi yang diperbahaskan di sini ialah sebuah pusat yang memusatkan penjagaan bayi yang dibuang. Maka, bayi yang tidak diingini oleh ibu mereka, akan dipusatkan di sini bagi mengelakkan terbuang.

Antara fungsi utama pusat ini ialah :

1. Bayi yang ditemui terbuang akan dipusatkan di bawah pusat penjagaan.

2. Ibu bapa tidak mampu menjaga anak mereka, juga dipusatkan di bawah pusat penjagaan ini.

(Sumber : en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch)

Di sana, beberapa buah negara telah pun menubuhkan pusat ini, antaranya ialah :

1. Austria
2. Jerman
3. Republik Czech
4. Perancis
5. Jepun
6. Britain
7. Pakistan


(Sumber : en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch)

Contoh pertubuhan yang telah menubuhkan pusat ini di Malaysia seperti OrphanCARE bertujuan memusatkan penjagaan di bawah satu kelolaan bagi bayi yang dibuang yang telah dilancarkan perasmiannya oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, baru-baru ini.

(Sumber : Berita Harian, 31 Mei 2010)

Hubungkait Dengan Maqasid Syariah

Maqasid Syariah ialah matlamat atau tujuan penetapan syariat. Maka, syariat digariskan untuk menjaga kepentingan manusia, iaitu menjaga 5 perkara yang berkaitan dengan manusia. Iaitu :

1. Menjaga Agama atau pegangan manusia
2. Menjaga nyawa atau jiwa manusia
3. Menjaga akal manusia
4. Menjaga keturunan manusia
5. Menjaga harta dan hak milik manusia

Secara umumnya, syariat digariskan sebagai kepentingan manusia (maslahat). Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Surah al Anbiya’ : 107)

(Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, Mu’assasah ar Risalah, cet pertama, 2010, hal. 289)

Imam Izzuddin Abdul Salam berkata :

Sesungguhnya Syariat itu semuanya adalah kepentingan, samada menolak kerosakan, ataupun mendatangkan kepentingan.

(Izzuddin Abdul Salam, al Qawa’id, jilid 1, hal. 9)

1. Islam menjaga agama (maqasid pertama), iaitu menjaga pegangan manusia. Maka, penubuhan pusat penjagaan bayi hendaklah tidak bercanggah dengan maqasid ini, seperti penubuhan pusat penjagaan bayi sebagai satu rancangan Kristianisasi. Perkara ini akan dihuraikan selepas ini. Insya Allah.

2. Islam menjaga nyawa (maqasid kedua), iaitu menjaga nyawa manusia. Bayi yang dibiarkan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak dijaga. Maka, penubuhan pusat penjagaan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek “nyawa”.

3. Islam menjaga keturunan manusia (maqasid ketiga), iaitu mengekalkan kewujudan manusia di muka bumi. Bayi adalah generasi manusia yang perlu dijaga dan diwujudkan. Maka penubuhan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek “keturunan”.

Beberapa Perkara Yang Bercanggah Dengan Maqasid

Memang tidak dinafikan, penubuhan Pusat Perlindungan Bayi bertepatan dengan maqasid syariah, tetapi, harus diperhatikan juga beberapa perkara yang bercanggah dengan maqasid syariah, yang berkaitan dengan perbahasan ini. Iaitu :

1. Pemimpin Yang Tidak Melaksanakan Hudud

Pemimpin yang tidak melaksanakan hukum hudud, sehingga menyebabkan banyaknya berlaku pembuangan anak hasil zina. Maka pemimpin yang tidak melaksanakan hudud, telah bercanggah dengan syariat Islam. Ini kerana pelaksanaan hukuman hudud adalah wajib ke atas pimpinan.

(sumber : Dr Mustafa Khin, Dr Mustafa Bugho dan Syeikh Ali Syarbaji, Fiqh Manhaji Ala Mazhabil Imam Syafie, cet. ke 8, Darul Qalam, 2007, jilid 3, ms 538)

2. Mereka Yang Membuang Anak

Mereka yang membuang anak, atau menggugurkan kandungan lebih daripada 4 bulan, hukumnya haram dan bercanggah dengan syariat. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Firman Allah SWT.

Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Surah al An’am : 151)

Daripada ayat ini, menjelaskan tentang pengharamannya ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms 450-451).

3. Menyokong Pimpinan Yang Tidak Melaksanakan Hudud

Mereka yang menyokong pemimpin yang tidak melaksanakan hudud atau tidak melaksanakan Islam, juga bercanggah dengan syariat Islam. Pimpinan yang tidak melaksanakan hudud dikira sebagai zalim, ini berdasarkan Firman Allah :

Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al Ma’idah : 44)

Di dalam ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan perkataan “fasiq”. Jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan.

Maka, Allah SWT melarang manusia daripada menyokong orang yang melakukan kezaliman. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Hud : 113)

4. Mereka Yang Bisu Daripada Menyatakan Kebenaran

Mereka yang berdiam diri daripada menegur pemimpin yang tidak melaksanakan hudud. Mereka ini juga telah bercanggah dengan syariat Islam, iaitu “mencegah kemungkaran” adalah satu perkara yang wajib. Firman Allah SWT :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Surah al Baqarah : 159)

5. Mereka Yang Menghalalkan Zina

Mereka yang menghalalkan zina dengan alasan-alasan tertentu, boleh menyebabkan terkeluar akidah. Kerana telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Maksudnya : Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang yang mereka sekutukan (Surah at Taubah : 31)

(sumber : Kitab Syarah Showi Ala Jauharah Tauhid, Syeikh Ahmad bin Muhammad al Maliki, cetakan ke 4, Darul Fikr Damsyik, tahqiq Dr Abdul Fattah Bazzam, hal. 423)

6. Mereka Yang Berzina

Mereka yang berzina, juga bercanggah dengan syariat yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) (Surah al Isra : 32)

Maka, jelas di sini bahawa Penubuhan Pusat Perlindungan Bayi adalah bertepatan dengan syariat, yang merupakan keperluan manusia. Tetapi ia bukanlah jalan penyelesaian untuk membenteras gejala zina. Bahkan terdapat kewajipan yang perlu berbanding penubuhan pusat ini. Perkara ini akan diperjelaskan selepas ini.

Fiqh Muwazanat Dalam Perbahasan Ini

Setelah kita dibentangkan dengan persoalan tentang maqasid Syariah, di sini akan melihat pula dari perspektif Fiqh Muwazanat, iaitu menimbang di antara maslahat (kepentingan) dan mafsadah (kerosakan).

1. Secara umumnya, kepentingan menjaga nyawa seseorang lebih penting daripada memikirkan kemungkinan zina lebih berleluasa disebabkan penubuhan pusat seperti ini.

Ini kerana kepentingan itu dilihat lebih besar, berbanding kerosakan yang mendatang. Maka, kita perlu mengutamakan kepentingan yang lebih besar, berbanding kerosakan yang kecil.

2. Kerosakan yang kecil tersebut (zina), perlu diselesaikan dengan hukuman hudud. Maka, melaksanakan hukuman hudud itu lebih utama berbanding menubuhkan Pusat Perlindungan Bayi.

Ini kerana melaksanakan hudud itu adalah kepentingan yang lebih besar, berbanding penubuhan pusat ini. Iaitu sekiranya bertembung di antara dua maslahat (kepentingan), maka perlu diutamakan maslahat yang lebih utama.

3. Melantik pimpinan yang melaksanakan Islam adalah wajib, dan kepentingan yang begitu besar dalam menjaga maslahat. Maka, memperjuangkan pimpinan yang akan melaksanakan Islam dengan sebenar-benarnya, lebih besar dan utama berbanding menubuhkan pusat ini.

Maka, utamakan apa yang perlu diutamakan. Iaitu, maslahat (kepentingan) melantik pimpinan yang melaksanakan hukum Islam, lebih utama berbanding penubuhan pusat ini. Tetapi, penubuhan pusat ini bukanlah bercanggah.

4. Mencegah maksiat adalah wajib. Maka, mencegah maksiat lebih besar, lebih diutamakan daripada mencegah maksiat yang kecil. Maka, mencegah maksiat “tidak melaksanakan hukuman hudud” lebih wajib daripada mencegah maksiat berzina atau buang anak. (bukan bermakna tidak mencegah maksiat kecil)

Maka, utamakan apa yang perlu diutamakan. Sepertimana yang telah disebutkan, sekiranya bertembung di antara dua kerosakan, maka perlu dihapuskan kerosakan yang lebih besar dahulu. Bukan bermakna membiarkan kerosakan yang sedikit.

5. Sekiranya terdapat bentuk serangan Kristianisasi dalam penubuhan Baby Hatch ini, kita perlu menubuhkan pula Pusat Penjagaan Bayi di bawah organisasi Islam. Ini kerana :

a) Menyelematkan nyawa bayi adalah wajib dan selari dengan maqasid syariah.

b) Menyelamatkan akidah dan pegangan bayi tersebut juga merupakan maqasid syariah.

Maka, menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah organisasi Islam merupakan kepentingan (maslahat) yang utama, selain daripada melantik pimpinan yang melaksanakan Islam.

6. Penubuhan Baby Hatch ini adalah merupakan perkara yang “diperlukan segera”, walaupun terdapat keutamaan yang lain. Maka, ia jangan dilewat-lewatkan. Ini kerana perkara yang diperlukan segera walaupun terdapat keutamaan yang lebih, maka perlu dilaksanakan perkara ini. Tidak perlulah menunggu pemimpin melaksanakan Islam, barulah hendak menubuhkan Pusat ini.

(Sumber : Dr Majdi Hilali, Min Fiqhil Aulawiyat, cet. pertama Maktabah Darul Andalus, 2008 dan Dr Yusof al Qaradhawi, Fi Fiqhil Aulawiyat, cet. kelapan, Maktabah Wahbah, 2008)

Kesimpulan

Kesimpulan di sini ialah, keutamaan yang perlu diutamakan terlebih dahulu ialah :

1. Menubuhkan sistem gerakan dalam menaikkan pimpinan Islam. Sekiranya tiada sistem, bagaimanakah pimpinan Islam tersebut boleh dinaikkan? Maka, inilah yang dinamakan sebagai gerakan Islam. Maka, wajib bagi setiap individu muslim, untuk bersama dengan gerakan ini, untuk mencegah kemungkaran dan meninggikan Islam.

2. Melantik pimpinan yang melaksanakan sistem Islam adalah wajib. Maka, untuk melantik pimpinan seperti ini memerlukan kepada sistem tadi. Ia diperlukan untuk menyelesaikan masalah buang anak, dan memastikan maqasid syariah terpelihara. Sekiranya pimpinan ini tidak melaksanakan Islam, kita perlu menggantikannya dengan pimpinan lain.

3. Kemudian, barulah difikirkan untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi yang diperbahaskan di sini. Iaitu yang selari dengan maqasid syariah. Sekiranya bercanggah, contohnya seperti Pusat Penjagaan Bayi yang berunsur Kristianisasi, maka perlu ditubuhkan di bawah organisasi Islam.

Ketika ini, tindakan yang perlu diambil ialah :

1. Menggabungkan diri bersama gerakan Islam.

2. Memperjuangkan pimpinan yang melaksanakan Islam.

3. Mencegah kemungkaran dan menegak kemakrufan.

4. Menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah Islam.

Kesemua ini tidak bertembung di antara satu sama lain. Maka lakukanlah ia sekaligus. Iaitu melaksanakan keempat-empat perkara ini tanpa mengabaikan salah satu darinya kerana keempat-empatnya adalah penting.

Wallahua’lam

Monday, June 14, 2010

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

jum kawan2 tenangkan jiwa sambil mendalami keindahan dan ambil manfaat dari bacaan2 ayat al-quran dengan memahami maksudnya...
selamat beramal. :D

Saturday, June 12, 2010

+ facebook VS millatfacebook +


Assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokatuh


“Teman- teman semua, hapus akun FB kita, saatnya hijrah ke MFB (MillatFacebook), yang di buat oleh pemuda Pakistan untuk umat Islam”

Pernah dapet sms kaya gini? Begitulah potongan pesan yang kuterima pagi ini. Awalnya bingung, apa maksud SMS dari temanku itu. Setelah itu, kubuka akun facebook-ku. Mungkinkah ini seruan meninggalkan FB sehubungan dengan kasus Kapal Mavi Marmara?

Tak lama kemudian aku cek inbox FB, ternyata ada pesan serupa.
“Assalamu'alaikum... Saya mengajak teman2 yg tergabung dalam Grup ini, membuat akun di MFB, jejaring sosial yg ditemukan oleh Sodara kita seorang Muslim dari Pakistan, karena seperti yg kita tahu bahwa facebook adalah jejaring sosial buatan Yahudi...”

Ehm… tunggu dulu…..
Sebelum menghapus akun FB, kucoba mengunjungi situs yang dimaksud. Sepertinya servernya belum maksimal, masih lambat loading. Segera kutinggalkan tanpa membuat akun di sana.

Apa benar, itu situs jejaring sosial buatan pemuda muslim?

Teman- teman yang mengirimiku pesan juga tak bisa memberikan data yang valid, minimal data diri pembuat situs tersebut.

Tanpa berpikir panjang, otakku beraksi. Akan kucoba cari tahu tentang situs tersebut, dengan cara paling sederhana, melakukan Proof of Concept dengan melakukan penetrasi terhadap server nya. Metode yang digunakan, DNS Locator, IP viewer location dan comment ping dari cmd.

Pertama, untuk millatfacebook.com (double L) yang katanya dari Pakistan

Ini hasilnya setelah ping dari cmd :

Microsoft Windows [Version 6.1.7600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.
C:\Users\Free Palestine>ping millatfacebook.com
Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=47

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=47
Ping statistics for 204.61.223.84:
Packets: Sent = 2, Received = 2, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 379ms, Maximum = 383ms, Average = 381ms Control-C
^C
C:\Users\Free Palestine>

Dari sini didapatkan IP Address: 204.61.223.84

Lalu, metode selanjutnya, dengan melakukan trace pada IP Addres tersebut. Bagaimana caranya? Bisa teman- teman coba memasukkan IP Addres nya disini
Dan berikut hasilnya:

IP Address: 204.61.223.84
Hostname: node-lb0.millatbook.com

IP Country: United States IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: Texas
Guessed City: Friendswood

IP Latitude: 29.5141
IP Longitude: -95.1903

Organization: Lakota Data Center LLC
ISP Provider: Lakota Data Center LLC

Kedua, dengan metode yang sama, untuk milatfacebook.com / joinpk.com (L nya satu)

Berikut hasilnya :

IP Address: 64.202.189.170
Hostname: pwfwd-v01.prod.mesa1.secur
eserver.net
IP Country: United States
IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: Arizona
Guessed City: Scottsdal
IP Latitude: 33.6119

IP Longitude: -111.8907

Organization: GoDaddy.com

ISP Provider: GoDaddy.com



Ketiga, sebagai perbandingan, situs asli facebook.com (milik mark zuckerberg)

Berikut hasilnya :

IP Address: 69.63.189.16
Hostname: www-11-01-ash2.facebook.com
IP Country: United States

IP Country Code: USA

IP Continent: North America

IP Region: California

Guessed City: Palo Alto

IP Latitude: 37.4429

IP Longitude: -122.1514

Organization: Facebook
ISP Provider: Facebook

BAGAIMANA? MASIH PERCAYA MILLATFACEBOOK BERASAL DARI PAKISTAN ?
SAMPAI SEKARANG PUN SAYA TIDAK TAHU SIAPA YANG MENDIRIKAN, SAYA HANYA TAHU BAHWA ITU BERASAL DARI AMERIKA, HANYA BEDA NEGARA BAGIAN. DAN BOLEH JADI MILIK SATU PERUSAHAAN YANG SAMA DENGAN FACEBOOK (bingung mode: ON)

Oh iya, Indonesia juga punya jejaring sosial loh, namanya KOPROL.
BENARKAH PUNYA INDONESIA ? Kita lihat hasilnya

IP Address: 180.233.199.240
Hostname: 180.233.199.240

IP Country: Korea, Republic of
IP Country Code: KOR
P Continent: Asia

IP Region:
Guessed City:
IP Latitude: 37
IP Longitude: 127.5

Organization:


Hmmm….. situs jejaring sosial koprol.com ternyata bukan dari Indonesia, tapi milik Republik Korea, benarkah? Apakah site IP Locator nya yang salah ? Ternyata site nya TIDAK SALAH.

Ini contohnya untuk site yang memang berasal dari negara kita, INDONESIA. Saya ambil contoh situs koran Republika. Hasilnya memang benar berasal dari Indonesia, ternyata IP Locator nya benar.

IP Address: 118.82.8.132
Hostname: 118.82.8.132
IP Country: Indonesia

IP Country Code: IDN

IP Continent: Asia
IP Region: Jakarta Raya

Guessed City: Jakarta
IP Latitude: -6.1744

IP Longitude: 106.8294
Organization: PT. Digital Wireless Indonesia

ISP Provider: PT. Digital Wireless Indonesia


TERUS, SOLUSINYA SEPERTI APA ?

Mungkin sebaiknya kosongkan info asli data diri profil FB, MFB, apapun situsnya terutama aktivitas organisasi kita. CIA dan Mossad sedang gencar mengumpulkan data-data peribadi untuk kemudian dipetakan. Kita tidak tahu apa yang akan mereka lakukan selanjutnya."

NB: Untuk millatfacebook.com ternyata nggak punya hosting sendiri, tapi beli di Lakota Data Center, LLC, Perusahaan web hosting punya Amerika, tepatnya di Texas.. (sama aja bohong, kalaupun buatan orang Pakistan, databasenya juga masuk ke Amerika)

Ini hanya trik sederhana untuk mengetahui Negara asal penyedia situs tersebut. Percaya atau tidak, itu tergantung teman- teman. Mungkin ada tambahan?

Semoga bermanfaat. Di share dari FB:

Sa'id Al-Qassam (Mujahid Al-Hafidz)

copyright :: http://miauideologis.multiply.com/journal/item/152/MillatFacebook_hahaha....Ketauan_kau_ya.....Siapa

Wednesday, June 9, 2010

+ demonstrasi anti-Yahudi yg nyata sia-sia +

salam semua..

lamanya x update bloog nie....rindu plak rasenya... rase terpanggil utk berkongsi sesuatu yg sangat bermakna dan memberi pengajaran kepada kita yg bergelar Islam.

kebelakangan nie, issu bantuan kemanusiaan yg telah diserang oleh rejim zionist laknatullah menjadi topik yg sangat hangat.. usai bermulanya perjalanan misi tersebut telah mendapat perhatian dunia. tatkala misi hampir berjaya, rejim zionist berjaya menghalang mis bantuan kemanusiaan ke GAZA dgn kuasa yg ada pdnya..

ada sahabat2 yg terbunuh dlm serangan tersebut, ada gak yg cedera malah kapal2 yg bawa muatan bantuan dari seluruh dunia dirampas dan tawanan semua diarahkn balik ke negara asal. sebagai seorg manusia dan yg beragama Islam serta yg mencintai kedamaian dan berperikemanusiaan seluruh dunia bangkit menentang dan mencemuh tindakan rejim zionist laknatullah itu dgn mengadakan demonstrasi, boikot malah ada negara2 yg membuat usul utk membidas tindaan rejim zionist tersebut ke mahkamah dunia dan PBB termasuk Malaysia..alhamdulillah usaha ini menunjukkan masyarakat dunia bersatu utk menentang kezaliman dan masyarakat Islam bangkit utk membela saudara2 seagama di Palestin..

namun persoalannya, gentarkah rejim zionist dgn demonstrasi yg dilakukan, tergugatkah rejim zionist dgn boikot yg dilakukan sdgkn masyarakat dunia telah sebati dgn jarum halus yahudi dan kristian utk menghapuskan Islam di dunia ini seperti mendedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.

wahai saudara ku, tatkala membaca artikel dari link http://ohislam.com/demonstrasi-anti-yahudi-yang-nyata-sia-sia/ dibawah nie, rase terpanggil tuk diri ini bermuhasabah dan mengajak saudara2 seIslam ku utk berkongsi maklumat dan ilmu. semoga ianya dpt memberi manfaat kpd kta semua umat Islam di dunia ni. selami dan fahami apa tindakan yg sepatutnya kta ambil utk menentang kezaliman rejim zionist dan sekutunya dan kehancuran akidah yg tanpa kta sedari telah menular dlm diri kita sendri...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubahnya.. buanglah selimut mu wahai saudara seIslam ku tatkala subuh menjelang tiba... semoga kta semua dpt barakah dari Sang Pencipta... marilah berpesan2 dan pesanan ini utk diriku yg hina ini dan semua saudara seIslam ku..

bacalah dan selamilah artikel di bawah ini.....aku syg korg semua.... peace no war ! i Luv Islam !

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

by admin on 08/06/2010

Share1288

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

Saturday, April 17, 2010

+ jum senam-senam.....best ! +







Hanya amik masa 7 minit untuk buat

senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

+ mari mengenal diri +



















Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3. Syaitan - Tak payah

Tuesday, April 13, 2010



















ya Rabb
......dimanakah diri ku yang dulu.......
......bantulah hambaMu yg hina ini ya Allah......



Sunday, April 11, 2010

+ selamat berjuang +


*salam semua...
pe kabar arini? mesti msg ngah tekanan hadapi peperiksaan akhir kan...
yg buat tesis cmne? dah siap? jgn lupe siapkn tau....:D

*di kesempatan ini ak menyusun 10 jari dengan rase kerendahan hati memohon maaf atas segala tingkahlaku dan kata2 ak sama ade secara sedar atau tak selama kite semua berkenalan.....ak tetap manusia biasa yg kadang kala lalai n leka serta alpa dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan...

*doa aku tuk kalian semua semoga berjaya dan berusaha bersungguh2 utk menhadapi final exam tuk sem nie...jgn lupe resipi kejayaan tau kawan2...

USAHA + DOA + ISTIQAMAH + TAWAKAL = BERJAYA!!!

* ingat pepatah arab ni...MAN JADDA WA JADA = SIAPA YANG BERUSAHA DIA AKAN MEMPEROLEHINYA.....so...apa tunggu lagi??

MULAKAN DENGAN BISMILLAH DAN MARI BERJUANG......ak doakan semoga barakah n rahmat Allah swt sentiasa bersama kite semua....

ukhuwah fillah!!!

Monday, March 22, 2010

+ menghitung hari +


salam ukhuwah dari sang pengembara

lama rasenye xmengupdate blog ku nie...
maaf ye kwn2, bnyak komitmen menuntut pengorbanan

dalam tidak sedar rupenya dah nk habis perjalanan ku di UKM ini
bg merealisasikan harapan menggunung makbapak ak
dari ak kecik sampai besar...
bukan mudah untuk mengharungi liku hidup sepanjang 3 tahun di ukm nie..
aku anak pertama yang mudah laluannya untuk ke pengajian tinggi
namun dalam kemudahan
Allah menguji ketabahan dan kesabaran ku dengan pelbagai perkara yg kwn2 aku yang lain langsung xrasa kat UKM nie...

dari cerita seronok, indah, bahagia, teruja, sedih, meruntun, menangis, kecewa,
putus asa, sehingga kadang kala diri ini terasa mati ebih baik dari meneruskan hidup yang penuh cabaran ini tapi bukan itu maksud tersirat yang cube di ilhamkan oleh ALLAH kepada setiap hambaNya...

sepanjang 3 tahun,
banyak perkara ak telah pelajari
rase indahnya ilmu, rase nikmatnya iman, rase teguhnya pengharapan pd sang pencipta, rase syukur yg tak terhingga, rase tertekan, mendidik jiwa, mencerdaskan akal, melihat pelbagai karenah manusia, melihat rosaknya akal, runtuhnya iman, terbinanya iman, mendidik rase sabar n tabah, merasa mulianya pengorbanan makbapak kat kampung, merasa agungnya Sang Pencipta, mengerti apa itu pengorbanan, tanggungjawab, dan rase lulunya hati serta indahnya persahabatan...

dalam tidak sedar tinggal sebulan je lagi untuk aku melunaskan tanggungjawab ku kpd makbapak...
ya Allah..berikanlah aku kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kesihatan akal dan badan agar dapat aku mengharungi segalanya dengan sempurna walau sebesar mana pn badai yang melanda...
kurniakanlah rasa rindu iman nur aisya pada ku, rasa tenang kpdnya dan juga makbapak ku, rase indahnya persahabatan antara ak dgn kwn2 agar hubungan antara kami terus terjalin demi kekuatan Islam di masa hadapan, murahkan rezeki kami, kukuhkanlah ikatan persaudaraan kami dan bantulah kami ya Allah untuk meneruskan jaringan Islam agar terus berkembang..

kepada sahabat sengakatan,
semoga selepas ini kita dapat meneruskan tujuan dan matlamat kita di bawah naungan dan pertolongan daripadaNya
rabbi yasir wala tu'asir..

salam ukhuwah dari sang pengembara...^_^

Tuesday, January 12, 2010

+ sabarkanlah aku ya ALLAH +


dugaan...
sabarkanlah aku ya Allah dlm mnghadapi semua ini..
baru lepas hilang laptop n hp sabtu td,
ak balik kmpg sbb dpt berita bapak ak sakit..
sampai jerw mlm ahad tue ngn abg ak...
terus pujuk bpk g hospital sbb pns bdn nye terlampau tggi
sampai 57 dc...

hbs cheak bpk ak kena thn kat wad hsptal sabak bernam
sbb suspect gastrix tp semalam
doc ckp peparunya kena jangkitan kuman..
ak tgk muka bpk sayu sgt...
terlupa kjp sal lptp ngn hp ak..
tgk muka mak makin xthn sayu hatiku

tabahnya insan yg bergelar ibu ku itu..
spnjg hayatnya terpaksa melalui jln2 berliku..
mak..sabarlah...
kekuatan mak adlah kekuatan bg ku...

arini ak dipaksa oleh adikbrdik ku agar ak balik ke kuliah...
dh 2ari ak ponteng...
ak xtau nk fikir mne dlu..
mslh ak atau mslh kluarga ak atau kuliah ak atau tesis atau brg2 ak yg hilang..
ikutkn hati rse cam nk berenti jerw..

tp nie last sem ak kat UKM...
ak xtau lps nie ape pulak yg jd...
ya Allah...apa perancangan Mu kpd keluarga ku??

walauapa pn..kau tabahkanlah jiwa aku
bantulah ak utk menyelesaikan amanah ibubapa ak utk mencappai segulung ijazah..
permudahkanlah segala urusan ku ya Allah...
Kau campakkn lah sedikit ketenangan dan kegembiraan
ke dlm hati ibubapa dan iman nur aisya ya Allah

lindungilah seluruh keluarga ak
dari hasad dengki manusia dan gangguan syaitan
Kau eratkan lah kembali hbgn adikberadik ku
lindungilah kami semua dgn redhaMu ya Allah...
sembuhkanlah bapa ku dan kurniakanlah kekuatan pdnya agar mampu memberikn sedikit senyuman kpd kami adikbdik dan ibu ku yg setia menantinya..

walauapa pn ya Allah...
ak yakin akan hikmah yg menanti disebalik semua ini..
permudahkanlah urusan kami dan
kuatkan dan tabahkanlah jiwa ku
utk menempuhi semua ini...
amin...

*assabru minnal iman

Sunday, January 10, 2010

* AKU MERAYU *

Ya Allah.....
rencana apa yg Kau sedang beri padaku~
09/01/10 bersamaan hari sabtu
laptop compaq dan hp sony ericson ak hilang~
ketika ak ngah tido di atas tilam dan laptop n hp ak hnya berada di atas kpla ak..
ya Allah...sedihnya bukan kepalang lg...
sem nie adalah sem akhir ak kat UKM
cne ak nk siapkan tesis ak nie...
dhla sem nie kena hadap 19unit yg cukup getir...
laptop ak plak hlg...
xckp ngn tue, hp ak pn kena kebas sekali...
cane ak nk naik court naty tuk settlekn mslh ak...
bukti2 n num2 pentng yg nk hubungi sume dh xde..
num2 akaun semua dh xde...
ya Allah...tabahkan lah ak dgn dugaan Mu nie..

sedihnya bkn kepalang lagi...
baru 2minggu ak capai impian ak nk beli lptop dari sem satu
sem akhir bru dpt merasa beli, itupn ku hbskn semua ptptn ak sbb nk wat tesis pnye pasal
tp hilang pulak...sampai ati nyelah ko(si pencuri) amik brg2 ak...
report kat pakguard pn xtau diambik tindakan lnjut atau tidak
cctv kat KBH nie pn xberfungsi katenya..gelap jerw..
ak xtau nk marah ke nk nangis ke atau nk sedih..
buntu sgt kepala ak...
jerit dh puas jerit, bwk mtr laju pn dh puas

tapi....
hatiku ak msh xterpujuk...
solat hajat pn dh buat...ya Allah...ak serahkan segalanye pdMU
Kau tunjukkanlah keagungan Mu ya Allah kpd sesiapa yg menganiaya ak...
permudahkanlah segala urusan ku ya Allah..
bantulah ak untuk menyelesaikan tanggungjawab ku pada ibubapa & adikbrdik ku ini
izinkanlah ak menamatkan pengajianku di UKM pd semester ini ya Allah
ak merayu ya ALLAh~

kpd semua warga KBH or warga UKM or clearner2 KBH or sape2 pn yg amik
laptop compaq dan hp sony ak...
AKU MERAYU......
tolonglah pulangkan balik....ak sgt perlukan ketika ini...
tolonglah~~~

*aku merayu

Friday, January 1, 2010

+ salam tahun baru kepada semua +


2010
da great number right...


selamat datang tahun 2010, ape plak cite tahun nie kat ak kn......harap ianya memberi makna yg terbaik dlm tahun nie...harap gak tahun nie dipenuhi dengan kegembiraan kat ak dan keluarga ak.....insya Allah...

tahun 2009
banyak perkara berlaku dalam hidup ak
ade yg terlalu gembira dan ade yg terlalu getir utk ak lalui...
permulaan tahun yg bg ku amat bermakna dgn menyambut org baru..
saat itu hatiku terlalu sebak kerana gembira ngn kurniaan tuhan
ak rasekan hidup ku telah lengkap dan sempurna ketika itu
segalanya ku lalui dgn senang hati dengan kehadirannya walaupun
realitynya sukar tuk ditafsirkn dgn hati kepayahan yg dilalui......
namun segalanya seperti dipermudahkan olehNya...alhmdlillah....

tapi....segalanya sementara bilamana Allah nk menguji kekuatan dan kesabaran kami...hanya kerana punca yg terlalu kecil....kau hukum ak dengan begitu kejam...hatiku terlalu hancur bila kau sanggup buat ak begini...knpa kau terlalu ikut perasaan dan percaya kata orang daripada percaya dgn kata2 ak sendiri....sebelum nie ak telan bulat2 apa je perkara tuk jaga hati kau..ak bkn ingin kn yg sempurna sbb kita tetap manusia biasa yg xpernah lari dari kesilapan....tapi cukupla dgn iman dan waras akal utk menafsir dlm mnghadapi mslh....tapi kau hukum ak sampai cmnie sekali kerana sebab yg sepatutnya boleh diselesaikan dgn baik.....kau amik keputusan tuk lari dari ak dan tinggalkan ak terumbang-ambing sendiri, terlalu getir dan peritnya ak melayani hati kecewa ku disini....apa yg kau nak sebenarnya??

hmmm.....tahun 2009 amat memberi kesan dlm hidup ku...
ketika itu ak terlalu gembira, ketika itu ak terlalu bahagia, ketika itu ak terlalu tenang...
namun ketika itu jugaklah ak dpt rasekn betapa getir dan peritnya hidup untuk memikul pelbagai tanggungjawab yg diamanahkan atas bahu ku, ketika itu jugalah peribadi ku berubah
menjadi seorg yg terlalu kasar, benci, kecewa dan sakit hati...
ketika itu jugaklah diri ku meruntun untuk membentuk kesabaran yg tinggi,
menghimpun kekuatan iman dan membimbing kewarasan akal
dari melakukan perkara diluar kawalan ku....

ya Allah...betapa besarnya dugaan yg kau berikan padaku ketika itu....betapa peritnya rintangan yang KAU sediakn utk ku ketika itu....apakah rencana Kau yg sebenarnya utk ku ya Allah...

namun..segalanya telah berakhir...
ya Allah..ak redha akan segala rencanaMU...
walau perit, walau getir tetap akan ak hadapi segalanya..
ak yakin dan pasti bahawa HIKMAH MU lebih manis
dari segala kePAHITan yang Kau kurniakan padaku pada tahun 2009..
terima kasih yg tak terhingga kepada ibubapa,adik beradik dan kawan2 yg banyak memberi moral support pada ku selama mengharungi segala keperitan hidup ini...
TERIMA KASIH...

ya Allah..ak mohon agar tahun 2010 ini memberikan segala pengertian kepada keperitanku selama apa yg ku lalui.....sesungguhnya Kau maha mengetahui akan segala-galanya....bantulah ak utk menghabiskan pelajaran ku dengan sempurna agar dapat ak membalas segala keperitan dan jasa ibubapa ku di kampung....lindungilah kami sekeluarga dari hasad dengki manusia dan godaan syaitan.....

sampaikan salam syg dan rindu ku pada
iman nur aisya...lindungilah dan naungilah dia dengan barakahMU
agar dia menjadi insan yg berguna dan solehah...
segala apa yg berlaku dan akan berlaku padaku selepas ini
aku pasrah~

*selamat tahun baru semua