+ h e a r m e +

Monday, August 31, 2009

+ Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anaknya dlm sesuatu perkahwinan +

Kedua orang tua itu mempunyai kewajipan mendidik dan mengajar anaknya berbuat baik dalam pergaulan serta adab sopan dalam hidup berumahtangga dengan suaminya. Mengenai ini ada diriwayatkan bahawa Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:

" Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri mu.

Kata-kata yang merupakan kumpulan adab sopan wanita perlu dipanjangkan, iaitu isteri hendaklah merupakan tiang utama di tengah - tengah rumahnya. Isteri itu hendaklah sentiasa di bilik rumahnya, menetap ditempat perkakas anyamannya, tidak banyak turun naiknya ataupun keluar. Ia mesti kurang berbicara terhadap tetangganya. Janganlah memasuki rumah tetangganya itu melainkan didalam keadaan yang mengharuskan ia masuk di situ.

Isteri hendaklah menjaga suaminya, baik sewaktu ia pergi ataupun ketika ia ada di rumah. Hendaklah diusahakan agar suaminya gembira dalam segala perkara yang dihadapinya. Jangan sekali-kali isteri mengkhianati dirinya sendiri ataupun harta suaminya. Jangan pula isteri itu keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suaminya. Jika telah menerima keizinan dan terpaksa keluar, maka hendaklah isteri itu berjalan bersembunyi-sembunyi, berpakaian yang sederhana, tidak mendedahkan tubuh dan pakaiannya. Hendaklah selalu di cari tempat-tempat yang lengang bukannya tempat lalulintas orang ramai sehingga berdesak-desakkan. Ia mesti menghindarkan diri dari bercakap-cakap dijalanan dengan lelaki bukan mahram.

Yang wajib diutamakan oleh isteri itu ialah kebaikan keadaannya sendiri serta mengatur dan mentertibkan keadaan rumahtangganya. Selain itu mestilah rajin melakukan ibadat, sembahyang serta puasa dan lain-lain yang menjadi kewajipan dirinya.

Apabila ada kawan suaminya meminta izin dan sedang berada di hadapan pintu, tetapi di masa itu suaminya tiada, maka tidak perlulah ia bertanya ataupun bercakap - cakap dengannya. Hendaklah ia cemburu pada dirinya sendiri dan juga perasaan cemburu terhadap suaminya. Seorang isteri hendaklah puas dengan apa yang ada pada suaminya dan apa sahaja yang direzekikan oleh Allah Taala kepadanya.

Ia mestilah mendahulukan hak suaminya atas haknya sendiri serta hak keluarganya. Ia wajib membersihkan dirinya selalu, bersiap sedia setiap waktu dan keadaan, barangkali suaminya itu dengan tiba-tiba menginginkandirinya untuk bersenang-senang. Selain itu isteri juga wajib mengasihi anak-anaknya, menjaga dan menutup keburukan mereka, jangan mudah mengeluarkan kata-kata makian kepada anak-anaknya ataupun berbuat sesuatu yang menyakitkan suaminya. Demikian nasihat seorang ibu yang budiman kepada anaknya. Sementara itu ada pula beberapa perkara yang merupakan adab sopan seorang isteri, jikalau ia menginginkan ketenangan dalam rumahtangganya iaitu:

a. Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya kerana kecantikan yang dimilikinya.

b. Jangan menghina suaminya kerana buruk rupa dan wajahnya.

c. Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal.

d. Menahan diri sewaktu suaminya tidak ada di rumah.

e. Menunjukkan sikap baik, bermain-main dan berlapang dada serta melakukan segala hal yang menyebabkan kesenangan suami sewaktu suaminya ada di rumah.

Ada suatu kewajipan yang harus dipatuhi oleh isteri dan ianya termasuk dalam hak-hak perkahwinan, iaitu:

a. Jikalau isteri itu ditinggalkan mati oleh suaminya, maka hendaklah isteri itu menjaga dirinya dan berkabung tidak lebih dari empat bulan sepuluh hari. Dalam waktu itu dia dilarang mengenakan harum-haruman dan berhias.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, menunjukkan perkabungan kerana meninggalnya seseorang lebih dan tiga hari lamanya, melainkan untuk suaminya, maka bolehlah sampai selama empat bulan sepuluh hari" (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

b. Isteri itu menetap di rumah yang disediakan sewaktu ia masih menjadi isteri dan suaminya yang meninggal itu sehingga habis masa iddah.

c. Isteri itu tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya atau keluar dari rumah itu, melainkan dalam keadaan darurat. Masih ada lagi adab sopan sebagai seorang isteri iaitu hendaklah isteri itu bekerja dan berkhidmat pada rumahtangga dalam segala perkara yang mampu ia lakukan, hal yang sedemikian inilah yang dilakukan oleh para isteri sahabat r.a.

Saturday, August 29, 2009

+ Panduan iktikaf di bulan Ramadan +

Di antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadan yang sangat dipelihara sekaligus diperintahkan (dianjurkan ) oleh Rasulullah s.a.w adalah iktikaf. Setiap muslim dianjurkan (disunatkan) untuk beriktikaf di masjid, terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Iktikaf merupakan pendekatan ibadat yang sangat efektif bagi muslim dalam memelihara keislamannya khususnya dalam era globalisasi, materialisasi dan informasi masa kini.

Definisi Iktikaf

Para ulama mendefinisikan iktikaf iaitu berdiam atau tinggal di masjid dengan adab-adab tertentu, pada masa tertentu dengan niat ibadah dan untuk mendekatkan kepada Allah SWT.

Ibnu Hazm berkata: Iktikaf adalah berdiam di dalam masjid dengan niat mendekatkan diri (taqorrub) kepada Allah SWT pada waktu tertentu pada siang atau malam hari. (al MuhallaV/179)

Hukum Iktikaf

Para ulama telah berijmak bahawa iktikaf khususnya 10 hari terakhir bulan Ramadan merupakan suatu ibadah yang disyariat dan disunatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beriktikaf pada bulan Ramadan selama 10 hari.

Aisyah, Ibnu Umar dan Anas r.a meriwayatkan: "Adalah Rasulullah s.a.w beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan" (HR. Bukhori & Muslim).

Hal ini dilakukan oleh baginda hingga wafat, kecuali pada tahun wafatnya, baginda beriktikaf selama 20 hari.

Demikian halnya para sahabat dan isteri baginda sentiasa melaksanakan ibadah yang amat agung ini. Sehubungan itu, Imam Ahmad berkata: " Sepengetahuan saya tak seorang pun ulama mengatakan iktikaf bukan sunat."

Fadhilat (keutamaan) iktikaf

Abu Daud pernah bertanya kepada Imam Ahmad: Tahukah anda hadis yang menunjukkan keutamaan iktikaf?

Imam Ahmad menjawab : Tidak, kecuali ia hadis lemah (daif).

Namun demikian tidaklah mengurangi nilai ibadah iktikaf itu sendiri sebagai taqorrub kepada Allah SWT. Dan cukuplah keuatamaannya bahawa Rasulullah s.a.w, para sahabat, para isteri Rasulullah s.a.w dan para ulama salafus soleh sentiasa melakukan ibadah ini.

Jenis-jenis iktikaf

Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat, dan kedua wajib.

Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Dan iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: "Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.

Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."

Syarat-syarat iktikaf

Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:

1. Muslim
2. Berakal
3. Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Oleh kerana itu, iktikaf tidak diperbolehkan bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.

Rukun-rukun iktikaf

1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)

Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.

Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.

Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

Awal dan akhir iktikaf

Khusus iktikaf Ramadan waktunya dimulai sebelum terbenam matahari malam ke-21. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Barang siapa yang ingin beriktikaf denganku, hendaklah ia beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan (HR. Bukhari). 10 (sepuluh) di sini adalah jumlah malam, sedangkan malam pertama dari sepuluh itu adalah malam ke-21 atau 20.

Adapun waktu keluarnya atau berakhirnya, kalau iktikaf dilakukan 10 malam terakhir, iaitu setelah terbenam matahari, hari terakhir bulan Ramadan.

Akan tetapi beberapa kalangan ulama mengatakan yang lebih mustahab (disenangi) adalah menuggu sampai solat hari raya.

Hal-hal yang disunatkan waktu beriktikaf

Disunatkan agar orang yang beriktikaf memperbanyak ibadah untuk bertaqorrub kepada Allah SWT ,seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, selawat ke atas Nabi s.a.w, doa dan sebagainya serta termasuk juga di dalamnya pengajian, ceramah, majlis ta'lim, diskusi ilmiah, mentelaah buku tafsir, hadis, sirah dan sebagainya.

Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)

1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf

1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
2. Murtad ( keluar dari agama Islam )
3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
4. Haid atau Nifas
5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).

+ Rebutlah peluang keemasan 10 malam terakhir Ramadan +

Saidatul Amani
Thu | Oct 12, 06 | 1:00:34 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Markas Tarbiyah PAS (Maktar), Ustaz Ibrahim Mohd Raja mengingatkan umat Islam supaya jangan melepaskan peluang keemasan untuk menikmati malam Lailatul Qadar.

Beliau berkata, Lailatul Qadar tidak akan berlaku kecuali pada 10 malam terakhir Ramadan.

Katanya, Rasulullah s.a.w. dilahirkan dan diutuskan wahyu pada hari Isnin manakala ayat al-Quran yang pertama diturunkan pada malam Lailatul Qadar iaitu malam 21 (Isnin).

Menurut beliau, Rasulullah s.a.w. menerima wahyu setiap hari Isnin dalam bulan Ramadan iaitu 7,14,21 dan 28 dan empat kali Baginda berulang alik ke Gua Hira'.

Beliau berkata, merujuk riwayat At-Tabaroni dan Abu Daud; tanda-tanda
berlaku Lailatul Qadar seperti suasana malam berada dalam keadaan terang (langit cerah); udara pada waktu malam tidak panas dan tidak sejuk (nyaman), tidak ada bintang di langit, malam yang penuh keselesaan dan seronok manakala siang hari pula matahari keluar dalam keadaan tidak bercahaya.

Katanya, menjelang malam terakhir 10 Ramadan Rasulullah s.a.w. melakukan tiga perkara iaitu menghidupkan malam, mengejutkan semua ahli keluarga dan bersungguh-sungguh melakukan ibadat.

"Saya amat berharap semua umat Islam dapat mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. untuk merebut peluang keemasan malam Lailatul Qadar," katanya.

+ Empat aspek tingkat sistem pendidikan +

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggariskan empat aspek utama sistem pendidikan yang memerlukan perhatian khusus demi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Titah baginda, keempat-empat aspek berkenaan ialah kurikulum, sistem penilaian, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahasa Inggeris.

''Kurikulum kita terlalu padat dengan guru-guru dan pensyarah universiti memberikan begitu banyak maklumat kepada pelajar yang menerima secara pasif.

''Mungkin sudah tiba masanya untuk mengurangkan kandungan bahan yang disebarkan dan meluangkan lebih waktu bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan dalam abad ke-21,'' titah baginda.

Raja Nazrin yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua di Hotel Legend di sini hari ini.

Mengenai sistem penilaian, baginda menjelaskan, sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dengan pelajar perlu menduduki empat peperiksaan umum sebelum ke universiti.

''Kita mungkin boleh mengurangkan peperiksaan di peringkat kebangsaan sekali gus mengurangkan beban dan kebimbangan guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa. Kita juga cenderung menyanjung mereka yang mendapat keputusan cemerlang dan meminggirkan mereka yang tidak cemerlang.

''Sistem berorientasikan peperiksaan juga menyebabkan sekolah-sekolah memberikan fokus kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Lebih malang, mereka yang tidak cemerlang berlatarbelakangkan sosio-ekonomi yang rendah,'' titah baginda.

Tambah Raja Nazrin, kaedah penilaian alternatif yang lebih mencerminkan keupayaan pelajar perlu dilaksanakan.

''Biarpun mendapat markah A adalah penting, pelajar juga perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka bekerja secara efektif dan efisien,'' titah baginda.

Baginda bertitah, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu kepada pelajar melakukan projek, menganalisis kajian kes, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dalam pelbagai situasi, mempertikai kes-kes yang dikaji serta memupuk pengetahuan pelajar itu sendiri.

''Seringkali guru mengeluh untuk menggunakan strategi pengajaran sedemikian namun kandungan pelajaran menyebabkan mereka terpaksa memilih kaedah syarahan yang membolehkan lebih banyak kandungan pelajaran disebarkan kepada pelajar,'' jelas Raja Nazrin.

Aspek yang keempat, tambah baginda, ialah bahasa Inggeris yang begitu penting dalam alam pekerjaan di abad ke-21.

''Di tempat-tempat kerja di seluruh dunia, mereka yang mahir bahasa Inggeris akan menikmati banyak kelebihan dan kebanyakan majikan menjadikan bahasa Inggeris sebagai syarat pengambilan pekerja.

''Menyentuh mengenai guru, satu kajian bertajuk Bagaimana Sekolah Terbaik Di Dunia Menduduki Tempat Teratas oleh McKinsey and Co. pada 2007 mendapati guru merupakan penentu pada kualiti sesebuah sistem pendidikan,'' jelas baginda.

Tambah Raja Nazrin, di Finland semua guru baru mesti mempunyai ijazah sarjana, Korea Selatan pula mengambil guru sekolah rendah dari kalangan lima peratus graduan terbaik sementara Singapura dan Hong Kong pula memilih guru dari kalangan 30 peratus pelajar terbaik.

+ jangan gopoh laksana hukum sebat - presiden PAS +

Zulkifli Sulong
Wed | Aug 26, 09 | 7:05:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _

+Pisah agama dan politik tidak masuk syurga � sarjana Islam+

Oleh Mazlan Jusoh
Wed | Aug 19, 09 | 3:11:24 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Ogos: Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?
Iklan
Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.
Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;
"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.
"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."
Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.
Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.
"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.
"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.
Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.
Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.
Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.
Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.
"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.
"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.
"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.
Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.
Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali. _

Wednesday, August 26, 2009

+ Ramadhan kembali lagi +

ahlan wa sahlan wamarhabanbikum ya Ramadhan al-karim..
hari ini adalah hari yg kelima seluruh umat Islam mengerjakan ibadah yg sangat ditunggu2 bagi sekalian manusia yg beragama Islam yang sentiasa mendambakan kasih sayang daripada Ilahi...
sesungguhnya bulan yang sangat diberkati ini
sentiasa memberikan sinar dan pemahaman kepada setiap manusia yg meletakkan dirinya
sbg sang kerdil yang menitipkan segala kesyukuran terhadap nikmat Allah...
hmmm.....
dikala setiap mereka berkejar2 meningkatkan ibdah namun
diriku masih mendambakan hidayah Ilahi dalam
membuat keputusan yg paling sukar dalam hidup ku...
ya Allah...sempena bulan yg penuh barakah ini...
ku pohon segala zat MU dalm membimbing ak mencari kepastian dan kesimpulan
segala yang berlaku agar ianya tidak akan berulang kembali di masa akan datang
dan tidak akan ada jiwa yang terseksa...
ku yakin tidak akan mampu seseorng itu memuaskan hati semua pihak namun
ku pohonkan bimbingan MU ya Allah utk melakukan yang terbaik agar segala2nye
berakhir dengan cara dan rentetan yang paling makruf....
akhirul kalam....
selamat berpuasa kepada semua dan
maaf ku pohon andai diri ini sering mengecewakan atau tidak mampu memuaskan
hati semua orang...
percayalah ku sedang cube utk menjadi insan bukan sekadar manusia..
wallahu a'lam bi sawab...

Sunday, August 23, 2009

+ kepentingan pendidikan Islam +

Penekanan kepada scope pendidikan formal dalam Islam tidak bererti bahawa soal jiwa atau orientasi pendidikan Islam tidak dianggap penting. Para ahli pendidikan Islam semuanya sepakat bahawa ;

Maksud pendidikan dan pengajaran bukanlah memenuhi otak anak didik dengan segala macam ilmu yang belum mereka ketahui tetapi maksudnya ialah mendidik akhlak dan jiwa mereka, menanamkan rasa fadhilah virtues, membiasakan mereka dengan kesopanan yang tinggi, mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya ikhlas dan jujur. Maka tujuan pokok dan terutama dari pendidikan Islam ialah mendidik budi pekerti dan pendidikan jiwa. Semua mata pelajaran haruslah mengandungi pelajaran-pelajaran akhlak, setiap juru didik haruslah memikirkan akhlak keagamaan sebelum yang lain-lainnya kerana akhlak keagamaan adalah akhlak yang tertinggi, sedang akhlak yang mulia itu adalah tiang dari pendidikan Islam. Ghazali berpendapat "tujuan dari pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat dan bermegah-megah dan janganlah hendaknya seorang pelajar itu belajar untuk mencari pangkat, harta, menipu orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengan kawan."

Pada saat pendidikan Islam mengutamakan segi-segi kerohanian dan moral maka segi-segi pendidikan mental, jasmani, matematik, ilmu sosial dan jurusan-jurusan praktis tidak diabaikan begitu saja sehingga dengan demikian pendidikan tersebut merupakan pendidikan yang kompleks.

+ tujuan akhidah Islam +

Akidah Islam mempunyai banyak tujuan yang baik yang harus dipegang teguh,
iaitu :

1. Untuk mengikhlaskan niat dan ibadah kepada Allah semata. Kerana Dia adalah
pencipta yang tidak ada sekutu bagiNya, maka tujuan dari ibadah haruslah
diperuntukkan hanya kepadaNya.

2. Membebaskan akal dan fikiran dari kekacauan yang timbul dari kosongnya
hati dari akidah. Kerana orang yang hatinya kosong dari akidah ini,
adakalanya kosong hatinya dari setiap akidah.

3. Ketenangan jiwa dan fikiran, tidak cemas dalam jiwa dan tidak goncang
dalam fikiran. Kerana akidah ini akan menghubungkan orang mukmin dengan
Penciptanya lalu rela bahawa Dia sebagai Tuhan yang mengatur, Hakim yang
membuat tasyri'. Oleh kerana itu hatinya menerima takdir-Nya, dadanya lapang
untuk menyerah lalu tidak mencari pengganti yang lain.

4. Meluruskan tujuan dan perbuatan dari penyelewengan dalam beribadah kepada
Allah dan bermuamalah dengan orang lain. Kerana diantara dasar akidah ini
adalah mengimani para Rasul, dengan mengikuti jalan mereka yang lurus dalam
tujuan dan perbuatan.

5. Bersungguh-sungguh dalam segala sesuatu dengan tidak menghilangkan
kesempatan beramal baik, kecuali digunakannya dengan mengharap pahala. Serta
tidak melihat tempat dosa kecuali menjauhinya dengan rasa takut dari siksa.
Kerana di antara dasar akidah ini adalah mengimani kebangkitan serta balasan
terhadap seluruh perbuatan.

"Dan masing-masing orang memperoleh darjat-darjat (sesuai) dengan yang
dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan." (QS.
Al An'am : 132).

Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam juga mengimbau untuk tujuan ini
dalam sabdanya :

"Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada orang mukmin yang lemah. Dan pada masing-masing terdapat kebaikan.
Bersemangatlah terhadap sesuatu yang berguna bagimu serta mohonlah
pertolongan dari Allah dan janganlah lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu,
maka jaganlah engkau katakan : seandainya aku kerjakan begini dan begitu.
Akan tetapi katakanlah : itu takdir Allah dan apa yang Dia kehendaki dia
lakukan. Sesungguhnya mengada-ada itu membuka perbuatan setan." ( HR.
Muslim)

6. Menciptakan umat yang kuat yang mengerahkan segala yang mahal maupun yang
murah untuk menegakkan agamanya serta memperkuat tiang penyanggahnya tanpa
peduli apa yang akan terjadi untuk menempuh jalan itu.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah
orang -rang yang benar." (QS. Al Hujurat : 15),

7- Meraih kebahagiaan dunia dan akhirat dengan memperbaiki individu-individu
maupun kelompok-kelompok serta meraih pahala dan kemuliaan.

"Barangsiapa yang mengerjakan amal baik, baik lelaki maupun wanita dalam
keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepadanya
kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka
dengan pahala yang paling baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. An
Nahl 97)

Saturday, August 22, 2009

+ SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W. +

Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:


1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.


3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”


4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.


5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).


6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.


7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.


8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.


9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.


11. Buta hati akan lupa zikrullah.


12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.

+ SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A. +

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:


1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:


a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.


b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.


c. Ketika menyeru kepada kebaikan.


d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.


2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:



a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.


b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.



3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:


a. Hatinya berserta takut dan harap.


b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.


c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.

+ SAYIDINA UMAR AL KHATTAB +

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:


– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.


– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.


– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.


– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.


– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.


– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.


– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.



2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.


3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.


4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.


5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

+ SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ +

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:


1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.


2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:


a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.


b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.


c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.


d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’


e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.


3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.


4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.


5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.


6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.


7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

Friday, August 21, 2009

+ cahaya Ramadhan +

Ramadhan itu membawa maksud bulan derma,bulan al-Quran dan ia boleh dipelbagaikan aktiviti ibadah. Ramai umat islam yang masih tidak mengambil manfaat dengan kehadiran bulan Ramadhan kerana Ramadhan seolah-olah satu adat yang disambut setiap tahun.

Ramadhan bulan yang diberikan pelbagai gelaran antaranya bulan pengampunan. Lantaran kerana Allah SWT akan melipat gandakan amalan termasuk kehadiran malam Lailatul Qadar iaitu lebih baik daripada 1000 bulan.

Ramadhan juga disebut Shahrul Quran iaitu bulan al-Quran kerana ayat pertama diturunkan kepada Nabi diturunkan dalam bulan Ramadhan. Bahkan Nabi kita sangat akrab dengan bulan Ramadhan.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Nabi Muhammad s.a.w banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadhan. Maknaya Nabi Muhammad juga belajar secara berguru iaitu dengan jibril a.s dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru.

Nabi Muhammad s.a.w juga mengulang-ulangi bacaaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menghabiskan bacaan al-Quran dan menghafaz sebaik mungkin .Nabi bersabda maksudnya:”semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran.”

Oleh itu para sahabat berlumba-lumba membaca al-Quran di bulan barakah ini. Ramadhan juga disebut bulan jihad. Ini kerana banyak peristiwa pertembungan antara iman dengan kufur.Banyak peristiwa kemenangan Islam berlaku pada bulan Ramadhan.

Antara peristiwanya ialah Badar al-Kubra. Ia berlaku pada hari jumaat iaitu 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah di mana umat islam telah mencapai kemenangan. Dalam bulan Ramadhan juga berlaku pembukaan kota Mekah pada tanggal 10 Ramadan tahun 8 Hijrah tanpa peperangan dan pentumpahan darah. Nabi memimpin 10000 tentera Islam dan Makkah dibebaskan daripada syirik dan mengangkat tauhid.

Mengapa umat Islam tidak mengambil manfaat daripada kehadiran bulan Ramadhan setahun sekali ini. Mungkin disebabkan ramai umat Islam yang masih terikat dengan adat-adat dalam menjalani bulan Ramadhan ini. Orang melayu tidak dibentuk kefahaman mereka tentang makna sebenar Ramadhan.

Jika diperhatikan orang Arab,bulan Ramadhan mereka rai dengan bersungguh-sungguh. Hari raya mereka tidak meraikannya sangat. Ramadhan mereka rai terutama 10 terakhir Ramadan.

Apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu minggu pertama kedua sambut menyambut Ramadhan dengan ghairah. Masjid dan surau penuh tetapi 10 malam terakhir surau dan masjid menjadi kurang.

Orang melayu sibuk dengan persiapan meyambut kehadiran hari raya.Mereka sibuk membeli-belah. Mereka meninggalkan 10 fasa terakhir yang disebut Nabi Muhammad s.a.w sebagai “pelepasan daripada azab neraka”.

Sepatutnya 10 malam terakhir Ramadhan umat Islam mesti banyak bertaubat,muhasabah,berzikir.

Belum tentu bulan Ramadhan yang dinikmat tahun ini akan ditemui pada tahun berikutnya. Umat Nabi Muhammad adalah umat yang pendek umur sebab itu Nabi dan para sahabat banyak berdoa pada bulan Ramadhan.

Monday, August 17, 2009

+ MARTABATKAN ISLAM +

Isu penghinaan terhadap agama Islam masih belum ada tanda-tanda berakhir. Kenyataan oleh orang kuat DAP di Pulau Pinang, Jeff Ooi bukannya permulaan kepada episod penghinaan tersebut. Malah ia juga pasti bukan satu pengakhiran.

Selepas ini, akan ada pula pemimpin lain – yang jahil tentang Islam – akan tampil dengan kenyataan baru. Semuanya akan menjurus kepada kritikan melampau yang membawa ke tahap penghinaan.

Seperti biasa, selepas melalui beberapa proses bantahan dan kecaman khususnya oleh orang Melayu dan Islam, akan muncul pernyataan ‘menarik balik’ kenyataan biadap dan menghina itu.

Malah, selalunya penarikan balik kenyataan itu akan dihiasi dengan permohonan maaf. Sama ada ia ikhlas atau tidak, bukan satu persoalan. Lazimnya pernyataan itu akan diterima. Dan umat Melayu Islam di Malaysia ini akan memaafkan dan mula melupakannya.

Mereka cuma akan ‘melenting’ kembali apabila timbul isu baru. Ketika itu akan keluarlah banyak kenyataan dari tokoh itu dan tokoh ini. Semuanya mengecam dan meminta kenyataan itu ditarik balik dan menuntut permohonan maaf.

Persoalannya, sampai bila kita umat Islam di negara ini harus beralah? Adakah cukup sekadar permohonan maaf. Apa yang berlaku sudah berlaku.Penghinaan tetap penghinaan walau berapa kali pun permohonan maaf.

Puak berkenaan telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah suara hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap Islam.

Jangan dipersoalkan kejahilan mereka. Apa yang perlu dipersoalkan ialah sejauh mana kita boleh menerima penghinaan tersebut?

Sampai bila kita mahu membiarkan agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini dihina? Sampai bila penduduk majoriti perlu tunduk pada penghinaan minoriti? Apa yang berlaku di Malaysia memang pelik. Jika di negara lain, golongan minoriti yang sering dihina tetapi perkara sebaliknya berlaku di Malaysia.

Oleh itu, adakah kita boleh terus berdiam diri? Jika jawapannya tidak, bilakah lagi kita akan mula bertindak?

Penghinaan terhadap Islam semakin melampau. Tambah menyedihkan, apabila umat Islam sendiri bersetuju dan bersikap seperti tidak apa-apa ketika berdepan dengan penghinaan tersebut.

Kini semakin ramai penduduk Islam mula bangkit menyatakan rasa hati dan mendesak tindakan tegas. Jadi, laksanakanlah apa yang boleh dilakukan untuk ‘mengajar’ golongan yang biadap ini.

Kita tentunya tidak mahu melihat cacing naik ke mata. Jika tindakan tegas menerusi peruntukan undang-undang yang ada boleh mengekang penularan gejala penghinaan terhadap Islam ini, maka kita kira itulah tindakan terbaik.

Jangan lagi lakukan pendekatan berlembut. Langkah itu sudah basi untuk mengajar puak yang sudah sampai ke tahap kurang ajar ini.

Bukan semua kesalahan boleh dihapuskan dengan pernyataan maaf. Memang pernyataan maaf dan memberi kemaafan dituntut oleh Islam. Namun semuanya ada batasan.

Kerosakan telah berlaku. Penghinaan ke atas Islam telah pun direkodkan. Ia seperti satu siri serangan. Lepas satu satu. Yang menerima penghinaan adalah umat Islam – majoriti penduduk Malaysia. Yang menghina terdiri daripada kelompok minoriti.

Ini bukan pernyataan berbentuk rasis. Jika rasis menjadi perhitungan, pernyataan menghina Islam, orang Melayu dan Raja-Raja Melayu juga adalah rasis.

Kerajaan tidak seharusnya tunduk kepada desakan pihak-pihak tertentu kononnya "demi keharmonian negara". Fikirkan kesan buruk yang dicetuskan oleh pernyataan-pernyataan berbentuk penghinaan, rasis dan bersifat Islamophobia selama ini.

Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan penduduk Islam lain perlu bersatu. Jangan biar lagi agama ini diperkotak-katikkan. Jangan lagi kita hidup dalam penghinaan.

Paling penting, jangan biar golongan yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan kita. Pastinya majoriti kalangan penduduk minoriti di negara ini bersetuju bahawa golongan bersifat rasis yang sering menghina Islam dan Melayu ini bukannya pihak yang mewakili mereka.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

+ kebolehpasaran pelajar +

Era globalisasi pada masa kini menyaksikan persaingan sengit antara graduan merebut tempat dalam pasaran kerja yang diingini. Selain ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam bilik kuliah, peluang kerja semakin terbatas jika seseorang graduan itu tidak melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran lain. Kekurangan kebolehpasaran graduan boleh menjadi sebab mengapa kadar pengangguran kini semakin meningkat.

Selain itu, ledakan teknologi maklumat juga menghambat graduan mengejar pelbagai ilmu tambahan selain dari sekeping ijazah bagi menembus tirai penghadang bagi membolehkan mereka diterima bekerja. Kebolehpasaran atau marketability perlu sebagai persediaan kepada mereka dalam menempuh alam pekerjaan yang mencabar.

Kebolehpasaran atau marketability merupakan kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh para graduan yang membuatkan bakal majikan berminat menawarkan pekerjaan kepada mereka. Mereka perlu memiliki pelbagai kemahiran tambahan dalam merebut jawatan yang mereka ingini.

+ H1N1-beringat sebelum kena +

Dunia digemparkan dengan wabak terbaru H1N1, yang dikatakan telah mengancam beberapa nyawa. H1N1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi merupakan wabak yang menjangkiti populasi babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Wabak ini juga telah menyerang negara-negara Barat khususnya, jadi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan agar penduduk Malaysia yang baru pulang dari luar negara wajar melakukan ujian saringan kesihatan setelah kembali semula ke tanah air.

+ 1 Malaysia +

Satu Malaysia atau “1 Malaysia” adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana MenteriMalaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua piha mestilah bersama-sama menjayakannya. Perlaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsepdaripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia sebelumnya.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan sikap menerima di anatara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia Perlu disatukan melalui “1 Malaysia”. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1 Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

Artikel terdahulu sebagai contoh:
Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu
18/04/2009 1:42pm

KUANTAN, 18 April — Konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” bukan sekadar satu slogan sebaliknya merupakan kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata konsep berkenaan adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Bagaimana proses nak sampai kepada matlamat kita, nak sampai pada destinasi, maka tidak lain dan tidak bukan ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.
“Insya-Allah, kalau berpegang pada konsep ini, kita akan menjadi negara maju, kita akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya dalam ucapan pada majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 40,000 orang.
Ini merupakan kepulangan pertama anak kelahiran Kuala Lipis itu ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.
Najib berkata bersandarkan konsep itu, tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum.
Beliau bagaimanapun berkata, untuk menjayakan misi itu, rakyat segenap lapisan perlu mengubah minda supaya tidak terkongkong dengan cara pemikiran lama.
Katanya, 1Malaysia akan berjaya jika rakyat saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing.
Najib turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengubah minda supaya tidak hanya mementingkan jawatan dan kuasa sebaliknya peka dengan persekitaran dan pemikiran rakyat pada masa ini. “Jangan kita ralit dengan proses dalam parti kita, jangan kita utamakan hanya hendak jawatan, kempen beria-ia siang malam, tapi masa pilihan raya K.O,” katanya.
Perdana Menteri berkata BN perlu bangkit untuk menunjukkan kemampuan sebenar sebelum diadili oleh suara rakyat pada pilihan raya akan datang

Sunday, August 16, 2009

+ cinta : halal vs haram +

Memang setiap kita yang bernama manusia mempunyai perasaan. Perasaan cinta suci biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat.

Berjumpa antara lelaki dan perempuan tanpa ada muhrim adalah haram. Ia adalah satu dosa. Begitu juga berutus surat atau bercakap.Walaupun Adik nyatakan berjumpa tapi tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah, sebenarnya kedua-dua itu sendiri adalah
perkara yang ditegah! Tetap dikira berdosa kerana ia melakukan perhubungan tanpa ikatan yang dihalalkan oleh syariat. Jika telah kuat ikatan cinta dan kasih sayang, si lelaki hendaklah memberitahu keluarganya untuk menemui keluarga perempuan. Jika telah ada persetujuan, hendaklah diikat saja dengan perkahwinan mengikut syariat. Setelah menjadi suami isteri pupuklah cinta dan kasih sayang dengan sepenuhnya. Ia bukan sahaja dibolehkan malah mendapat rahmat Allah. Pasangan yang sudah bertunang pun masih tak dibenarkan berjumpa tanpa muhrim, inikan belum ada apa-apa ikatan. Hanya ikatan perkahwinan yang membolehkan lelaki dan perempuan berbuat begitu dan lebih dari itu. Ingatlah bahawa Allah melarang kita menghampiri zina, jadi setiap ciri-ciri yang akan mendorong kepada perbuatan itu juga dilarang. Melihat dengan sengaja pun dilarang inikan pula melihat kerana melepaskan rindu, sedangkan ia tiada ikatan yang
menghalalkan. Dari Jabir r.a.:
"Saya bertanya kepada Rasullah SAW perihal melihat dengan sekonyong-konyongnya kepada sesuatu yang diharamkan, lalu Nabi SAW bersabda:"Palingkanlah segera akan penglihatanmu."
Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiapyang haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kala cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Diharap dapatlah kita menjunjung hukum Allah lebih daripada mengikut perasaan. Ingatlah perasaan kita seringkali ditipu oleh syaitan dan nafsu. Oleh itu berhati-hatilahdalam mencari keredhaanAllah.

Maksud firman Allah: Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan? (Yaasiin:62)


Maksud firman Allah: Dan orang-orang yang kafir kepada
ayat-ayat
Allah dan pertemuan dengan Dia, mereka putus asa dari rahmatKu,
dan mereka itu mendapat azab yang pedih. (AlAnkabuut:23)
Maksud firman Allah: Sebenarnya, AlQuran itu adalah ayat-ayat
yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada
yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-Orang yang
zalim.
(AlAnkabuut:49)

+ belajar menyayangi diri sendiri +

Pernahkah kamu merasakan rasa tidak puas hati dan sering merungut-rungut pada diri sendiri? Munghin kamu pernah, tetapi tidak perasan akan sikap buruk itu.
Untuk mengetahui jawapannya dengan tepat, perhatikan sahaja gelagat kamu bila setiap kali berada di hadapan cermin. Apakah reaksi kamu? Tentu ada sahaja perkara yang kamu rasakan tidak kena tentang diri kamu. Sekiranya, kamu bersikap begitu, bermakna kamu tidak menyintai diri sendiri. Kamu harus mengubah sikap buruk itu. Di sini ada boberapa cara yang boleh membantu kamu bagaimana untuk menyintai diri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah perubahannya nanti.

Hentikan segala kritikan.
Kritikan tidak akan mengubah sesuatu perkara.Hindari mengkritik diri sendiri. Terima diri kamu sebagai diri kamu sendiri. Setiap orangberubah. Apabila kamu mengkritik diri sendiri, perubahan yang kamu lakukan bersifat negatif. Apabila kamu meningkatkan diri sendiri, perubahan yang berlaku adalah positif. Jadi, mulai hari ini hentikan segala kritikan pada diri kamu.

Sokonglah diri sendiri
Cari jalan untuk menyokong diri sendiri. Kamu tidak akan berjaya tanpa sokongan. Dapatkan kawan-kawan dan benarkan mereka membantu. Mereka sangat berguna di saat-saat kamu memerlukan.

Pujilah diri kamu
Kritikan meruntuhkan kekuatan rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan.

Jangan menakutkan diri sendiri
Berhentilah daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ia menjadikan hidup kamu tidak gembira.Carilah satu imej yang menyenangkaan diri kamu dan serta merta tukar fikiran kamu yang selalu ketakutan itu kepada perkara yang menggembirakan.
Bersikap baik terhadap minda kamu
Membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran kamu. Jangan membenci diri sendiri kerana mempunyai tanggapan begitu. Ubahlah cara berfikir kamu secara beransur-ansur.

Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar
Berlemah lembutlah terhadap diri sendiri. Bersikap pemurah pada diri sendiri. Banyakkan bersabar di saat kamu mempelajari cara baru berfikir. Layani diri kamu sebaik mungkin sebagaimana kamu mahu orang lain melayani kamu sedemikian rupa.

Usah membenci musuh-musuh kamu
Pujian yang kamu berikan kepada mereka boleh membantu apabila diperlukan nanti.Sekarang kamu perlu mencari jalan baru dan positif untuk memenuhi segala keperluan itu. Oleh itu bebaskan semua contoh-contoh negatif yang tidak berguna lagi.

Ambil berat tentang kesihatan
Pelajarilah tentang pemakanan. Apa jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.

Cermin diri
Pandanglah ke dalam mata kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu. Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. "Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu."

+ amar makruf nahi mungkar +

1. KEWAJIPAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

· Umat islam dituntut untuk berdakwah mengukut kemampuan masing-masing

· Amar makruf nahi mungkar boleh menjauhkan perkara keji dari berlaku dalam masyarakat

· Nasihat dan tegur menegur merupakan salah satu cara untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar

· Manuisa sering lalai dengan perkara wajib dan untuk menjauhi perkara yang ditegah berikutan dari pengaruh dan persekitaran atau budaya luar.



2. SIFAT PENDAKWAH

i. Berilmu
ii. Beramal dengan ilmu
iii. Berakhlak mulia



3. GARIS PANDUAN DALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

· Dengan cara hikmah :

§ Iaitu dengan menggunakan dalil yang jelas, kuat dan tegas kepada mereka yang berjiwa kuat yang memerlukan kebenaran

· Mauizah hasanah ( nasihat yang baik )

· Berbincang dengan cara yang baik



4. CARA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH

· Memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat

· Berdakwah secara diplomasi

· Meninggalkan perkara yang tidak memudharatkan untuk kemaslahatan yang lebih besar

· Memberi hidayat kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama islam

· Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah

· Memberi kemaafan dalam keadaan yang mungkin boleh menuntut bela / balas dendam

· Meceritakan sesuatu berdasarkan kisah umat terdahulu sebagai iktibar



5. FAEDAH / HIKMAH MENGAMALKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

· Dapat menegakkan hukum Allah serta syariat islam

· Mengatasi kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat

· Pembangunan negara berjalan lancar

· Ekonomi bertambah baik dan meningkat

· Dapat memelihara harta, maruah, keturunan dan hak-hak individu

+ ekonomi Islam +

Perekonomian Islam ialah ekonomi menurut undang-undang Islam. Adanya dua paradigma untuk memahami Perekonomian Islam, dengan satunya menganggap rangka politik Islam (iaitu Khilafah), dan yang lain itu menganggap rangka politik bukan Islam yang melahirkan suatu paradigma yang bertujuan untuk menyepadukan sesetengah rukun Islam yang terkenal ke dalam sebuah rangka ekonomi sekular.

Paradigma pertama bertujuan untuk mentakrifkan semula masalah ekonomi sebagai suatu masalah pengagihan sumber untuk mencapai:

-keperluan-keperluan asas dan mewah para orang perseorangan di dalam masyarakat;
-membina pasaran etika yang mempunyai persaingan kerjasama;
-memberikan ganjaran kepada penyerta-penyerta kerana terdedah kepada risiko dan/atau liabiliti;
-membahagikan harta-harta secara adil antara kegunaan awam dan kegunaan peribadi; dan
-negara memainkan peranan yang jelas terhadap pengawasan, percukaian, pengurusan harta awam dan memastikan peredaran kekayaan.

Gerakan-gerakan Islam yang menyeru agar politik dibaharui umumnya akan mencadangkan paradigma ini untuk menjelaskan bagaimana mereka akan memperkenalkan pembaharuan ekonomi. Bagaimanapun, paradigma kedua hanya mencadangkan dua hukum utama, iaitu:

faedah tidak boleh dikenakan pada pinjaman;
pelaburan harus menepati tanggungjawab sosial.
Perbezaan utama dari segi kewangan ialah peraturan tiada faedah kerana paradigma pelaburan Islam yang menepati tanggungjawab sosial tidak amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh agama-agama yang lain. Dalam percubaannya untuk melarang faedah, ahli-ahli ekonomi Islam berharap untuk menghasilkan sebuah masyarakat yang lebih bersifat Islam. Bagaimanapun, gerakan-gerakan liberal dalam agama Islam mungkin akan menafikan keperluan untuk perkara ini kerana mereka umumnya melihat Islam sebagai secocok dengan institusi-institusi dan undang-undang sekular moden.

Friday, August 14, 2009

+_+ isu agama - sifat2 perempuan & lelaki di neraka +_+

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Sunday, August 9, 2009

+ semarak akal +

Secara idealnya, kehidupan manusia sama ada Islam atau bukan Islam berada dalam acuan yang dicipta oleh bangsa Yahudi dan pendokongnya. Acuan yahudi ini dibaptiskan dalam semua elemen kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial. Bukan itu sahaja, ia termasuk dalam persoalan bentuk mangkuk tandas kepada persoalan ideologi politik. Begitulah kehebatan dan kepintaran yahudi laknatullah. Walaupun hebatnya acuan yahudi ini, manusia khususnya orang Islam terus terleka dan dibuai mimpi indah mengagungkan acuan yahudi yang dianggap simbol pembangunan dan kemodenan. Contoh mudah makanan seperti burger, syarikat MacDonald dan KFC merupakan syarikat penyokong yahudi telah mengajar manusia tentang penting prestij dan menjadi makanan itu yang boleh dimakan sambil berlari dan minum coke (mengubah adab makan orang Islam).
Fenomena ini bukan hanya di Malaysia tetapi terdapat juga di bumi suci, Makkah. Betapa kerdilnya pemikiran umat Islam. Pemikiran yahudi terbongkar apabila muncul protokol yahudi yang membicarakan rancangan rahsia yahudi selama 100 tahun. Serangan pemikiran dan kebudayaan dilakukan bukan secara terangan tetapi dididik melalui media massa dan pendidikan atas nama ke arah negara maju dan membangun. Asas kepada semua elemen yang dianjurkan oleh nafsu jahat yahudi ini adalah faham humanisme.
Humanisme merupakan fahaman yang mengagungkan akali dan perasaan kemanusiaan. Daripada faham humanisme inilah lahir faham-faham seperti feminisme, kapitalis, liberalisme, demokrasi, komunisme, idea trendy, makanan segera, hak asasi, amalan sek bebas, gay dan pelbagai kebijaksanaan yahudi. Humanisme bermatlamat memenuhi nafsu kemanusiaan, kebenaran dan keadilan bersifat dari manusia, oleh manusia dan untuk manusia. Mungkin ada yang mempersoalkan, kalau begitu apa yang kita ada untuk hidup?

Kita seharusnya mencari alternatif yang semakin ditinggalkan orang kerana kekunoan dan tidak relevan kononnya iaitu kembali kepada sistem al Quran dan hadis, marilah kita mempersoalkan sejauh manakah kita menggunakan al Quran dan hadis dalam kehidupan kita? Cukupkah ia dijadikan amalan ritual sahaja? Sistem yang dihasilkan oleh yahudi mestilah dijernihkan dan disuntikkan dengan roh Islam dengan membuang matlamat nafsu kemanusiaan sahaja.
Pelaksanaan sesuatu amalan mestilah berada dalam kawalan syariat agar tidak melanggari akidah dan ketentuan Ilahi. Begitulah yang harus dilakukan dalam amalan perundangan sebagai contoh. Laksanakanlah hudud dan qisas di samping menghapuskan amalan perundangan barua yahudi yang ada sekarang. Penguasaan yang paling berbisa yahudi adalah penguasaan pemikiran. Saya cuba menukilkan secara ringkas penguasaan yahudi dalam pemikiran politik dan anak muda. Dalam politik, yahudi telah mewujudkan suasana pertentangan bagi mencari kuasa. Secara tidak langsung sistem pilihan raya yang ada sekarang menyumbangkan kepada suasana perpecahan dan ketegangan politik yang teruk. Inilah yang diideakan oleh Karl Marx.
Sewajar kita menggunakan sistem peratusan undi dan dibenarkan semua pihak berkempen melalui TV dan semua pihak perlu mengakui kekalahan sebagai biasa dalam permainan politik. Aliran pemikiran politikus sekular dipengaruhi ideologi feminisme, sosialis, teokrasi dan liberal-pragmatisme yang berkiblat yahudi sehingga mereka cuba menidakkan hukum Allah dan mengamalkan sesuatu bertentangan dengan Islam seperti rasuah.
Di kalangan anak muda, pemikiran pemujaan terhadap artis, pengaulan bebas, budaya trendy dan kehidupan selesa tanpa perjuangan dan dakwah telah diterap dan dicanang hampir sempurna(masih mengingati agama Islam tetapi sebagai amalan ritual dan bersifat peribadi) mengakari pemikiran anak muda. Media massa mendidik anak muda dengan URTV, rancangan 3R dan pelbagai lagi program yang boleh menaikkan keghairahan nafsu kemanusiaan anak muda yang sememang mudah terangsang dan lalai. Budaya trendy dapat dilihat dari segi pemakaian dan pemilikan handphone baru mereka. Itulah idea utama yang diterang secara ringkas tentang acuan yahudi yang mengakari kehidupan seharian kita. Sama-sama kita jernihkan.

Saturday, August 8, 2009

+ isu murtad +

Isu berkenaan hukuman ke atas orang murtad adalah antara isu-isu yang dipolemikkan tanpa kesudahan sejak era pemodenan pasca-kolonialisme dalam dunia umat Islam. Serangan pemikiran oleh orientalis untuk menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap hukum-hakam agamanya sendiri nampaknya membuahkan hasil apabila kembalinya ahli-ahli akademik, penulis, pemikir dan pemimpin negara umat Islam yang menuntut di madrasah orientalisme sama ada di Barat ataupun di negara mereka sendiri melalui bahan-bahan pembacaan yang berunsur pemikiran Barat. Sebelum era tersebut, hukuman murtad tidak pernah dipolemikkan dari aspek ke`sah'annya sebagai salah satu hukum Islam untuk membendung jenayah ke atas agama. Namun pada hari ini, telah muncul anak-anak umat Islam sendiri yang maha berani mengatakan hukum murtad tiada dalam al-Quran, maka ia bukanlah hukum Islam yang sebenar, seterusnya menuduh dan menfitnah para ulama besar Islam sebagai merekacipta hadis-hadis berkenaan hukum murtad demi kepentingan peribadi. Nampaknya metodologi pengkajian orientalis terhadap Islam yang bersifat kontang dan kering daripada ruh (semangat) ukhuwwah Islamiah, berbaik sangka sesama saudara seagama, memohon keampunan atas kesilapan mereka yang telah pergi, telah meresap dan mendarah daging dalam tubuh anak-anak yang maha berani itu. Lalu, untuk menegakkan hujah mereka yang mendakwa hukum murtad tiada dalam Islam, mereka telah mengetepikan prinsip ukhuwwah Islamiah, berbaik sangka dan mendoakan kebaikan untuk para ulama terdahulu yang menjadi jambatan yang menghubungkan Islam bawaan Nabi s.a.w. dahulu dengan generasi kita hari ini. Maka para ulama terdahulu telah difitnah oleh cucu-cicit mereka sendiri dengan sebegitu zalim. Sungguh besar kezaliman menfitnah ulama yang telah pergi menghadap Allah s.w.t., maka tiada lagi peluang untuk mereka menjawab fitnah dan membersihkan diri daripada tohmahan.

+ isu globalisasi +

DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan yang dapat menggambarkan situasi yang kini sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah "kekeliruan dan kepalsuan". Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam suatu keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan dan kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu golongan muda kita diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim dan pemalsuan di atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri. Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama pasaran bebas. Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa panjang yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah, akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta kadangkala dipertahankan tanpa soal. Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi akibat dari sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima. Di zaman ini tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap sebagai benar oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan Globalisasi.
Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena globalisasi adalah suatu realiti yang perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama oleh pelbagai pemikir dan perancang. Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini. Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

+ pengganas vs pembangunan +

Pengganasan sentiasa disalahertikan, dipropagandakan dan segala macam bagi menjatuhkan individu atau kumpulan yang mempuyai motif dan perjuangan politik tertentu. Sebenarnya istilah pengganas adalah amat konotasi dan subjektif. Ia adalah satu falsafah yang sukar diungkap hanya dengan kata-kata dan perkataan bertulis. Menurut seorang ahli strategis, Walter Laquer, pengganasan adalah berpunca daripada segolongan minoriti yang dipinggirkan dan disisih daripada pentadbiran negara. Hal ini secara langsung telah menyebabkan golongan minoriti ini bertindak menyuarakan hak mereka. Namun, apabila hak yang disuarakan itu dipandang enteng oleh pihak kerajaan maka golongan ini mula bertindak secara revolusioner dengan melakukan pemberontakkan secara kecil-kecilan. Apabila mereka telah berjaya mendudukki satu kawasan yang mana kebiasaannya adalah kampung atau daerah mereka sendiri. Maka setelah mereka akan cuba mendapatkan satu kekuasaan politik yang lebih besar. Apabila golongan minoriti ini melancarkan revolusioner, inilah yang dipanggil pengganas. Akan tetapi pengganasan ini dikenali sebagai bentuk pengganasan tradisional dan tidak sama dengan pengganas pasca moden. Bagi memberi pemahaman bagaimana pengganas muncul saya suruti sedikit mengenai perebakkan Jemaah Islamiah yang hanya bertitik tolak daripada individu kemudia menjadi satu rangkaian antarabangsa. Sekitar tahun 1969, dua orang lelaki, Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar, memulakan operasi untuk pergerakan Daul Islam. Darul Islam telah hampir dimusnahkan yang berbalik pada 1950an selepas ahli tergolong kepada golongan itu memulakan sebuah pemberontakan dalam usaha untuk mewujudkan negeri Islam di Asia Tenggara.Bashir dan kawannya menciptakan kelengkapan radio cetak rompak untuk berkhutbah kepada yang miskin dan yang ditindas di Indonesia. Bashir mewujudkan sekolah asrama di Jawa. Moto sekolah ini adalah, "Kematian dalam cara Allah adalah cita-cita kita yang tertinggi." Bashir dan Sungkar keduanya telah dipenjarakan oleh diktator Indonesia kerajaan Suharto sebagai sebahagian dari tindakan keras pada kumpulan radikal seperti Komando Jihad, dimana kedua orang adalah ahli. Mereka menghabiskan masa beberapa tahun sekitar jangka masa itu. Bashir dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Malaysia pada tahun 1982. Dia mula merekrut pengikut-pengikut dari Malaysia, Singapura, dan Filipina. Kumpulan itu secara rasmi menamakan diri mereka Jemaah Islamiyah sekitar waktu itu. Pada pertengahan dan akhir tahun 1980-an, ramai ahli JI, termasuk Sungkar dan Hambali menyertai golongan Mujahidin di Afghanistan bagi menentang pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan. Mereka disertai oleh kumpulan-kumpulan Muslim seluruh dunia. Maka jelas bahawa pengganas ini muncul daripada mereka yang tertindas dan tersisih. Ini kerana mereka ini akan mudah terpengaruh dengan apa yang cuba memperjuangkan nasib mereka.Sebenarnya, pengganasan bukanlah sesuatu yang baik, ia akan menghancurkan keamanan dan kesejahteraan. Bukan memperbaiki sistem tetapi meruntuhkan sistem. Bagi melakukan polisi "counter terrorist", kerajaan atau pihak berkuasa tidak boleh mengunakan aspek kekerasan tetapi sebaliknya mengunakan aspek pembagunan ekonomi dan sosial. Jika kaedah untuk memerangi pengganas dengan mengunakan militan dan persenjataan, ia bukan sahaja memakan masa yang lama malah akan menyemai benih-benih pemberontakkan yang lebih banyak. Cuba lihat sahaja di Iraq, pengganasan dan pemberontakkan sentiasa berlaku walhal tentera bersekutu telah menawan negara itu untuk beberapa tahun. Ini kerana Amerika tidak melaksanakan pembangunan ke atas negara Iraq dan telah menyebabkan rakyatnya semakin daif dan hidup menderita. Tentangan ini walaupun kecil tetapi mendatangkan impak yang besar. Ia adalah serangan yang berbentuk "brush on fire". Teknik ini digunakan oleh British sewaktu menyerang PKM di Malaya semasa darurat. Teknik inilah yang juga yang digunakan oleh pejuang Iraq untuk menghalau keluar tentera Amerika daripada bumi Arab. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan pengganas pasca moden. Negara-negara kaya seperti Amerika dan British perlu peka dengan keperluan mereka. Jangan terlampau mendominasi kumpulan yang tertindas kerana ia seolah-olah menyemai benih-benih pengganas. Keadaan ini bertambah teruk kerana wujudnya pengganas pasca moden.Pengganasa jenis ini amatlah mustahil untuk dihapuskan. Lihat sahaja bagaimana Al-Qaeda sehingga ke hari ini belum lagi dapat dikesan inikan pula untuk dihapuskan. Malah mereka ini juga mempunyai doktrin yang lebih kental sehingga sanggup mengorbankan nyawa. Ini kerana kebanyakkan mereka mengunakan motif agama dalam melancarkan serangan. Ia seolah-olah memberi satu super power kepada pejuang-pejuang ini. Dalam pada itu juga, pergerakkan mereka juga adalah sukar dikeasan sama sekali. Ini kerana, kumpulan ini bergerak didalam bentuk sel yang lebih kecil. Akan tetapi kebanyakkan mereka mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Hal inilah yang menyukarkan lagi untuk membasmi pengganasan pasaca moden. Malah dasar counter terrorist yang dilancarkan oleh Bush selepas 9/11 pastinya tidak akan berjaya. Ini kerana teknik kekerasan tidak akan berjaya membawa kumpulan ini ke arah pendamaian apatah lagi untuk membawa mereka ke The Hague pasti akan sukar.