+ h e a r m e +

Monday, November 2, 2009

+ Tafsir al-Fansuri +



Al-Fatihah

Sebuah surah yang teristimewa dan tidak diberikan kepada lain melainkan umat Muhammad s.a.w. Ia adalah kunci awal, tanda pengenalan berhubung keesaan Tuhan dan sebuah lambang pengukuhan terhadap kedudukan Allah s.w.t sebagai Raja kepada sekalian juzuk dan dimensi alam yang diciptaNya.

Alam buana yang terbelah kepada beberapa ruang lapisan ini, maka Dialah Penciptanya dan segenap pelusuk, setiap inci alam ini mesti tunduk, setia kepadaNya dengan memujiNya setiap saat dan ketika.

Sebagai sebuah surah pembukaan dan pengenalan, Al-Fatihah telah menyampaikan garis-garis besar matlamat kehidupan insan di dunia. Dan, surah ini telah merangkumi semua isu dan tema utama dalam al-Qur'an itu.

Al-Fatihah memberitahu kita bahawa, antara 99 nama Allah yang mulia itu (Asma'ul Husna), hanya dua nama Tuhan yang penting diteliti, difahami dan dimanfaatkan dengan bersungguh-sungguh.

Iaitu nama dan sifat Tuhan - Ar-Rahman dan Ar-Rahim - yang mana kedua-duanya menggambarkan sifat kasih sayang Tuhan yang menenggelamkan sifat-sifatNya yang lain.

Maka, walaupun Tuhan itu suatu Zat yang maha perkasa, maha agung sehingga boleh menimbulkan ketakutan kita terhadapNya, namun, apa yang lebih penting dan utama, dalam Al-Fatihah yang disebutkan sebagai surah awal pengenalan Tuhan ke atas hambaNya, Allah s.w.t mahu menjelaskan keadaan DiriNya yang sebenar, iaitu kasih sayangNya mengatasi kemurkaanNya.

Lantaran itu, dalam ayat-ayat al-Qur'an selepas ini, kita akan kerap bertemu dengan ayat yang memperihalkan taubat dan kalimat Al-Ghafur dan Ar-Rahiim itu akan sentiasa beriringan.

Ayat-ayat ini yang kerap diulang-ulang ini seolah-olah telah mengundang makna bahawa, dalam setiap keadaan, jangan pernah kita berputus asa memohon rahmatNya dan bertaubat sentiasa dan jangan penuh putus harap daripada menuntut keampunanNya.

Ini kerana, Dia adalah Zat yang maha Pengasih dan Dia selalu ingin mendengar rayuan hambaNya yang berdosa dan selalu ingin bertaubat kepadaNya.

Al-Fatihah mengirim berita perkhabaran yang merunsingkan si penzalim dan menggembirakan mereka yang teraniaya di dunia akibat kezaliman yang dihempapkan ke atas mereka.

Berita itu ialah mengenai wujudnya sebuah dunia baru, Yaum ad-Deen, hari agama, hari hukum, hari pembalasan yang membela nasib mereka yang teraniaya di dunia.

Ia adalah hari di mana, tiada ertinya segala dimensi bualan manusia seperti yang wujud di dunia ini, seperti ekonomi dan perdagangan, politik dan kenegeraan, perbincangan mengenai masalah daulah negara, persempadanan semula seperti tajuk-tajuk yang pernah dibualkan di dunia.

Ini kerana, hari pembalasan itu adalah hari di mana milik Tuhan yang berkuasa dan tiada wacana lagi yang bererti pada saat itu melainkan hukum-hukum dan pembalasan ke atas setiap amalan, baik atau jahat. Anak pinak dan kekayaan tidak membawa kesan pengertian apa-apa, melainkan mereka yang membawa pulang hari yang sejahtera!

Tuhan juga memberitahu kita bahawa Dialah tempat kiblat segala sembahan dan Dia juga tempat kiblat segala permintaan, tempat tumbuhnya segala kehendak kita dalam rangka menyelesaikan urusan seharian.

Namun begitu, Tuhan meminta kita mendahulukan sembahan terlebih dahulu, sebelum kita meminta segala hajat keperluan kita. Keperluan kita dikemudiankan selepas amalan sembahan. Tidak boleh didahului keperluan dan membelakangkan sembahan kepadaNya.

Antara kebanyakan hajat keperluan manusia yang tidak terbatas itu, apakah hajat teragung dan keperluan manusia yang paling utama itu? Doa apakah yang paling makbul dan Dia akan selalu mengambil perhatian terhadap isi permintaan doa itu?

Iaitulah doa agar ditunjukkan sebatang jalan yang lurus; siratal mustaqim. Sebatang jalan, lorong, denai Tauhid yang lurus menuju kepada keredhaanNya.

Jalan yang lurus ini memang sudah lama terbentang wujud. Tetapi, adakah kita mampu berjalan di atas jalan yang lurus pada malam yang gelap gelita tanpa pelita. Pekatnya kegelapan malam, akan menyebabkan kita akan mudah terbabas juga jika tidak dipanu cahaya.

Maka cahaya itulah petunjuk yang membantu kita dan memandu kita agar dapat berjalan dengan lebih selamat dan sejahtera. Tunjukilah kami ke arah jalan yang lurus.

Seperti yang termaklum, jalan yang lurus ini juga memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ia bermula dengan nama millah Ibrahim, hanif, ajaran Tauhid sebelum dinamakan Islam saat bangunnya si murabbi ulung; Saidina Muhammad s.a.w.

Jalan lurus ini sebetulnya pernah dirintis oleh beberapa kelompok sebelum ini seperti Iblis, kaum-kaum dahulu yang pernah ingkar terhadap ajaran-ajaran nabi yang dibangkitkan dalam kalangan mereka. Al-Qur�an akan merincikan lagi setiap isi butiran lanjut mengenai mereka ini dalam bab-bab pengkhianatan, episod-episod penderhakaan seterusnya.

Kaum terdahulu yang pernah merintis jalan Tauhid ini adalah Bani Israel yang telah melakukan penderhakaan beberapa kali kerana ditipu oleh pendeta dan rabai dalam kalangan mereka.

Ekoran penderhakaan itu, maka Allah telah bertindak membenamkan mereka ke dalam bumi dan pelbagai bentuk lagi seksaan yang dikenakan ke atas mereka. Sebahagian mereka telah lenyap, hingga yang tinggal ada sebilangan kecil pengikut nabi yang masih setia dengan Tauhid itu.

Juga, antara mereka yang merintis lorong Tauhid ini, watak yang ingkar seperti Iblis yang angkuh dan sombong setelah mengenal Tuhan tapi tetap menderhaka kepada Tuhannya lalu dia isytihar bahawa dirinya disesatkan oleh Tuhannya.

Kita berlindung daripada Allah s.w.t daripada mengikuti jalan penderhakaan, simpang-siur lorong Tauhid yang penuh onak duri di kiri kanannya dan rintangan di depan atau di belakangnya.

Ameen

Wednesday, October 21, 2009

+ alhamdulillah +

Alhamdulillah akhirnya selesai sudah asgmnt dan tugasan yg diberi pada ku atas bantuan rakan2 sekalian...setinggi2 penghargaan ak ucapkan utk kalian...
tp xbermakna blog ku ini berakhir begitu saja...
so....andai ade mase terluang..layarilah blog nie eyh sbgi tambahan informasi dlm menghadapi kehidupan yg penuh cabaran ini....
terima kasih sekali lg yg xterhingga kpda semua....
sempena peperiksaan akhir yg baru bermula...
ak ingin amik kesempatan tuk ucapkan go0d luck kpd semua...
mari berusaha sebaik mungkin to make our family to be proud!!

Monday, October 19, 2009

+ teknologi maklumat masa kini +


Message: Dunia globalisasi hari ini dlm situasi revolusi maklumat. Maklumat dalam beberapa saat daripada seluruh dunia boleh disebarkan dengan mudah, sama ada melalui email, ataupun
menggunakan sistem pesanan ringkas. Dengan kemudahan ini, berita boleh disampaikan dengan cepat, boleh disebarkan dengan begitu mudah
sekali.




Perkembangan ini menyaksikan popularnya penggunaan:
- Email Foward
- SMS Foward
- Yahoo Messenger Foward
- Posting2 Berita di Forum

Seronok juga melayan e-mail2 foward dengan bermacam2 berita daripada seluruh dunia. Ada gambar-gambar yang menarik, indah-indah dan ada jugak tazkirah-tazkirah yang boleh
menginsafkan diri kita.

Kadang-kadang saya juga menerima mesej Yahoo Messenger. Ada katanya Yahoo Messegger akan ditutup dan kena send kepada 10 orang agar Yahoo Messegger akan berfungsi!! Bodohnya
mereka yang turut fowardkan mesej sebegini kepada rakan. Mungkin dalam hati mereka, "Ah, bukan rugi satu sen pun kalau nak foward.." Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah dia turut
terlibat dalam unsur penipuan mesej2 foward2. Tak terfikirkah, andainya Yahoo benar2 nak tutup, dia boleh announce sendiri kepada planggannya!!

SMS foward juga pernah berlaku. Antaranya jika foward 10 orang dapat kredit RM50 percuma. Maka ramainya yg foward msg2 berantai sebegini.
Aduh, mengapa bengap sangat la mereka yang percaya dengan SMS sebegini. Ada juga SMS tentang ayat al-Quran berkenaan dengan bala Allah Tsunami... macam2 lagi SMS foward....

Tak kurang juga yang suka posting2 berita2 yang HOT.. PANAS.. HANGAT.. di forum2, dengan niat yang pelbagai. Ada yang nak kongsi berita panas, kononnya dia antara yang terawal tahu, ada juga
mereka yang suka memBIJAKkan diri, konon2, dia tahu apa yg orang lain tak tahu... macam2 perangai. Tanpa mrk ini selidiki berita2 yang dipostingkan dalam forum2.....

ETIKA PEMBERITAAN ISLAM

Apa yang jelas ialah Allah telah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan [al-Hujurat: 6]

Menurut tafsir Ibn Kathir, berasaskan ayat inilah para ulama' bersepakat untuk tidak menerima berita yang datangnya daripada orang yang tidak
diketahui. Sama ada berita itu berupa hadis Rasulullah atau pun apa jua berita, ia tidak boleh diterima, apa lagi disampaikan kepada orang lain,
kerana kemungkinan orang yang menghantar mesej itu adalah orang yang fasiq.

Dalam etika penyampaian berita Islam,
sistem 'sanad' ataupun 'the chain of narrators' adalah penting untuk memastikan kualiti berita yang disampaikan dan kebenaran berita itu.
Sistem sanad asalnya ialah sistem yang
diasaskan oleh sarjana hadis untuk memastikan kualiti hadis yang mereka terima itu benar-benar datang daripada Rasulullah. Bagi ulama' terdahulu,
cukuplah mereka dikira berdosa jika menyebarkan hadis tanpa memeriksa dahulu, dari mana sumber hadis tersebut, dari siapakah dia ambil? dia itu
ambil dari siapa pula? bagaimana cara orang itu dapat hadis? Adakah penerima dan penyampai itu kenal antara satu sama lain? Pernahkah penyampai itu berdusta? Atau adakah penyampai
itu seseorang yang berhati-hati, kuat ingatan atau sering melakukan dosa?
Hal-hal sebegini amat dititik berat oleh sarjana hadis.

REALITI KITA SEKARANG?

Huh, sampai sahaja kepada kita, mana-mana email yang ada tazkirah cantik, rasa menginsafkan diri, terus kita sampaikan kepada orang lain, tanpa
memeriksa status hadis-hadis yang kita gunakan. Dalam bab lain, ada saja gosip tentang seseorang tokoh politik, raja-raja ataupun artis, terus kita sebarkan tanpa memeriksa status berita itu betul
atau tidak? Adakah anda sedar dengan menghantar email yang terkandung fitnah, anda juga boleh didakwa atas menyebarkan berita palsu? Kalaupun anda terlepas di dunia, memang di akhirat anda tetap akan berdepan dengan soal jawab daripada Allah.

Bukan tidak elok menyebarkan tazkirah, tetapi pastikan kualiti hadis yang digunakan dalam tazkirah. Kalau kita jahil tentang agama, tak mampu nak cek status hadis, tanyakan saja kepada mereka yang pakar, sebelum sebarkan
kepada orang lain. Atau lebih baik guna untuk diri sendiri sahaja. Berdosa sebarkan tazkirah dengan hadis palsu walaupun 'tak sengaja'. Tak sengaja
bukan kerana anda tak sengaja klik 'foward' kat orang lain, tapi kerana anda tak tahu ia betul atau palsu. Tapi persoalannya mengapa tak diselidiki
dulu?? Tak mahir tentang hadis? Kalau begitu tak payah sebarkan...

Kalau tazkirah itu berbentuk umum, yang ada ayat-ayat al-Quran yang mudah untuk diperiksa dari al-Quran dan terjemahannya, itu tidak mengapa.
Sebarkanlah dakwah demi Islam. Tetapi berhati-hatilah dengan maklumat palsu.

Ini tidak, semua yang dapat, disebarkn. Cukuplah dosa seseorang itu menyebarkan semua berita yang diterimanya tanpa usul periksa. Macam
disebarkan Holy Water lah, murtad itu dan inilah. Tazkirah itu baik, tapi jangan cemarkan tazkirah dengan unsur pemberitaan yang tidak beretika.

Wallahu A'lam.

+ ku titipkan doa buatmu ayah dan ibu ku +





Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya
Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon
pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu
dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya
Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku
berjaya
kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan
aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika
melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan
kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk
pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya
Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak
mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak
yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya
Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang
soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku
ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke
nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........