+ h e a r m e +

Saturday, September 12, 2009

+ isu hedonisme +

Soal keruntuhan akhlak golongan remaja dan mahasiswa sudah sekian lama dibincangkan, namun masalahnya tetap tidak selesai.

Perkara ini perlu dipandang serius kerana apabila generasi muda sudah rosak akhlaknya, maka dikhuatiri negara kerugian sumber manusia dan seterusnya mengganggu-gugat kestabilan dalam negara.

Apa yang lebih menyedihkan dan merisaukan ialah promosi budaya Barat yang wujud dalam budaya popular di negara ini - sehingga seolah-olah mempengaruhi generasi muda negara ini untuk melakukan perkara yang sama.

Satu contohnya, kenyataan yang dikeluarkan penyanyi popular Anuar Zain mengenai kesudiannya untuk membenarkan peminat wanitanya "mencium dan memeluknya" ketika di majlis 'A Nite with Anuar Zain'.

Jika sebelum ini perbuatan Faizal Tahir di atas pentas dianggap sebagai tidak sesuai dan dihukum sewajarnya, maka hasrat Anuar Zain untuk melakukan sesuatu yang lebih melampau itu harus diambil tindakan yang sewajarnya.

Tambahan lagi, apabila generasi muda di negara ini sudah cukup banyak dihidangkan dengan rancangan dan aktiviti hiburan, sehingga mengakibatkan mereka hilang idealisme perjuangan dan hilang kepedulian sosialnya.

Tambah membingungkan dan merisaukan adalah kelahiran satu lagi filem yang berpotensi untuk merosakkan pegangan agama generasi muda.

Filem 'Akhirat' yang merupakan satu lagi filem yang menurut jejak filem-filem 'tanpa nilai' yang sebelumnya seperti Sepet, Gubra dan Anak Halal.

Media, penghibur dan pihak berwajib haruslah lebih bertanggungjawab, khususnya dalam mencorak budaya popular dan menghadirkan hiburan kepada masyarakat.

Soal nilai dan akhlak tidaklah boleh dipisahkan daripada kesenian kerana seni sebahagian daripada budaya.

Oleh sebab itu, pemerkasaan budaya perlu diberikan perhatian serius agar kita tidak membawa budaya Barat yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai agama dan bangsa setempat.

Penguatkuasaan yang lebih serius adalah perlu.

Jika pada awal tahun 1990-an artis-artis tidak dibenarkan untuk berambut panjang, maka kini sikap artis dan penghibur yang tidak bermoral juga perlu diberikan perhatian serius.

No comments: